KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama dunia Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara Terbuka Malaysia kali keempat berturut-turut di gelanggang bertuah mereka, Axiata Arena hari ini.
Wakil dari China itu mempertahankan gelaran mereka selepas menundukkan lawan mereka dari Jepun yang juga ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11 dalam pertembungan akhir berlangsung 44 minit.
Ya Qiong, 28, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya mencipta kejayaan sulung pada awal musim 2023, dan bertekad mahu mengekalkan momentum atau menyamai pencapaian musim lepas dengan 10 kejuaraan.
"Yuta-Arisa bukan gandingan yang mudah, jadi kami cuba bermain dengan lebih sabar pada set kedua. Saya harap selepas ini, kami akan lebih konsisten (untuk menang kejohanan) dan saya mengakui komunikasi dengan Si Wei adalah penting," katanya.
Si Wei, 25, menyifatkan kejayaan hari ini dapat meningkatkan tahap keyakinan beliau dalam meneruskan usaha mencipta kejayaan di Terbuka India 2023, bermula Selasa ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada edisi 2018, 2019 dan 2022. Kejohanan Terbuka Malaysia dibatalkan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Beregu campuran China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi selepas menewaskan pemain Jepun Yuta Watanabe dan Arisa Higashino. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 20 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Februari 2025
1️⃣ PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
2️⃣ Pengurangan cukai antara langkah sokongan PMKS
3️⃣ Pencarian dimulakan di Lautan Hindi
#awaniringkas
1️⃣ PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
2️⃣ Pengurangan cukai antara langkah sokongan PMKS
3️⃣ Pencarian dimulakan di Lautan Hindi
#awaniringkas

GV Ride lancar kempen 'free ride' Subang, Petaling Jaya dan Kajang
Penyedia perkhidmatan GV Ride melancarkan Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang yang menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna.
AWANI Ringkas: Tahun Kewangan 2024 | Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Yayasan Ikhlas dan ERA Sarawak anjur Misi Pasca Banjir Ooha
Yayasan Ikhlas dan pasukan radio ERA Sarawak berganding bahu dalam menganjurkan Misi Pasca Banjir Ooha untuk kerja-kerja pembersihan di Kampung Bulau, Bekenu di Miri.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Minyak & gas| Hasil kajian DOSM| PRN Sabah
AWANI Borneo Selasa, 25 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan serantau, misi MALBATT akan diperluas
Malaysia komited memperkukuh hubungan pertahanan serantau menerusi pertemuan dua hala secara berasingan membabitkan Brunei Darussalam, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.
Cukil bakat atlet Sabah, pembangunan fasiliti harus ditingkatkan
Sukan muay thai yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sabah memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam aspek pembangunan fasiliti.
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.

Si Wei-Ya Qiong sahkan kejuaraan keempat Terbuka Malaysia
Beregu campuran utama dunia Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara Terbuka Malaysia kali keempat berturut-turut di gelanggang bertuah mereka, Axiata Arena hari ini.