YANGON: Pemain pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar tidak menyangka dipersalahkan dalam keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Myanmar pada lewat perlawanan yang hampir meragut kemenangan Malaysia di Stadium Thuwunna di sini, malam tadi.
Namun, kecemerlangan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menyelamatkan sepakan penyerang gantian Myat Kaung Khant memastikan skuad Harimau Malaya meraih tiga mata pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 itu.
Pengadil dari Jordan Ahmad Faisal Mohammad Al Ali menghadiahkan sepakan penalti selepas mendakwa bola terkena tangan Sharul Nazeem, namun pemain Selangor FC itu bingung dengan keputusan dibuat itu.
"Saya tak sangka dengan keputusan pengadil, mungkin dari sudut pandang dia, bola terkena tangan tapi saya tak nampak ia berlaku.
"Tapi saya berterima kasih kepada Syihan (Ahmad Syihan) sebab menepis bola percubaan penyerang Myanmar. Jadi saya rasa banyak lagi saya perlu belajar dan kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya ketika ditemui selepas perlawanan semalam.
Sementara itu, Ahmad Syihan berkata beliau tidak mempunyai niat untuk meniru gaya penjaga gol Argentina Emiliano Martinez yang mempamerkan aksi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti sekali gus muncul wira skuad La Albiceleste menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.
Beliau berkata gaya dilakukannya adalah spontan kerana gembira dapat menyelamatkan sepakan penalti untuk membantu Malaysia memenangi perlawanan sengit berdepan Myanmar.
"Gaya 'celebration' saya itu terjadi secara spontan kerana terlalu gembira dengan kemenangan ini yang pastinya menjadi pemangkin buat kami pergi lebih jauh dalam pertandingan ini," katanya yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Malaysia akan meneruskan aksi kumpulan menentang Laos di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Sabtu ini, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan) dalam misi memburu dua slot ke peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Pemain pertahanan negara itu tidak menyangka dipersalahkan dalam keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Myanmar. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sharul Nazeem bingung pengadil beri penalti kepada Myanmar
Pemain pertahanan negara itu tidak menyangka dipersalahkan dalam keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Myanmar.