PEJAM celik pejam celik, acara temasya Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Filipina hampir tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
Ini merupakan kali keempat Filipina menganjurkan Sukan SEA selepas temasya itu pada 1981,1991 dan terbaharu pada 2005.
Namun, boleh dikatakan persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur Sukan SEA kali ini, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC), memang serba-serbi tidak kena.
Apa sebenarnya berlaku?
Sayangnya, Filipina yang sudah dikhuatiri sejak awal lagi sebagai tuan rumah, ternyata belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi hos Sukan SEA kali ini.
Pelbagai keluhan dan komen yang wujud sebaik para kontinjen tiba di Filipina. Antara isunya adalah masalah pengangkutan, tempat penginapan dan venue yang masih dalam proses pembinaan.
Ambil sahaja contoh bilik yang digunakan untuk sidang media acara bola sepak sempena Sukan SEA 2019 yang tular di media sosial. Masih ada lagi perancah (scaffolding) dan kelihatan seperti kerja pembinaan baru dilakukan sejak beberapa hari yang lepas.
Layanan kurang memuaskan
Bukan niat untuk memburukkan keadaan mahupun pihak penganjur namun itulah yang dihadapi oleh kontinjen kita dan negara ASEAN lain termasuk Timor Leste.
Pelbagai kritikan yang diterima, misalnya skuad bola sepak Kemboja, Timor Leste dan Thailand tidak mendapat layanan terbaik dengan pasukan Timor Leste terpaksa menunggu hampir dua jam di lapangan terbang sebelum mereka dibawa ke hotel yang salah oleh pemandu bas.
Malah, pemain Kemboja pula terpaksa tidur di lapangan terbang hampir lapan jam untuk menunggu bas, manakala latihan pasukan Thailand pula dibatalkan ekoran jarak hotel yang disediakan PHISGOC sangat jauh.
Contohnya, lima jam sebelum sepak mula acara bola sepak lelaki membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal semalam, venue itu masih lagi sedang dibaik pulih di luar mahupun dalam stadium.
Perkara sama juga dilihat berlaku di Gimnasium Universiti Filipina yang juga lokasi acara floorball. Venue itu dilihat begitu usang dan daif.
Tiang bumbung dalaman yang berkarat serta bersawang langsung tidak menggambarkan keterujaan tuan rumah untuk menganjurkan sukan terbesar rantau ini.
BACA: Sukan SEA: Kejar masa untuk siapkan kelengkapan venue
BACA: Sukan SEA seminggu lagi, sudah timbul pelbagai kontroversi
Akibat daripada terlalu banyak isu yang dibangkitkan, maka terhasillah tanda pagar #SEAGames2019fail yang ''trending" buat beberapa hari di laman Twitter sejak Isnin.
Ini adalah diantara komen atau kritikan yang dilemparkan netizen menerusi tanda pagar tersebut, terdapat juga yang menjadikan persiapan Sukan SEA Filipina ini sebagai bahan jenaka di media sosial.
Dalam pada itu, Chef De Mission Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akui persiapan sempena temasya sukan itu mengalami beberapa masalah antaranya dari segi venue, penginapan dan juga makanan buat atlet negara.
Bagaimanapun perkara itu telah mula diatasi dan dijangka selesai dalam tempoh masa terdekat bagi memastikan persiapan atlet negara tidak terjejas.
Jelasnya, perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Filipina yang mahu perkara itu diatasi segera.
Kebanyakan atlet berdepan situasi sukar apabila terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke sesebuah venue termasuk kekurangan bekalan makanan halal.
Faris Danial Razi
Thu Nov 28 2019
Akibat daripada terlalu banyak isu yang dibangkitkan, maka terhasillah tanda pagar #SEAGames2019fail yang ''trending" buat beberapa hari di laman Twitter sejak Isnin. - BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kelantan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari memberikan perkembangan terkini situasi banjir yang kembali melanda beberapa kawasan di Kelantan.
Kemaman dijangka kembali banjir susulan hujan lebat berterusan
Kawasan dijangka terjejas akibat hujan tahap buruk itu ialah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Tebak Batu 16 dan Jambatan Air putih.
Nahas Jeju Air: Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Park selaku Menteri bertanggungjawab memantau hal ehwal penerbangan memohon maaf serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Pelarasan Cuti: Impak positif kepada pelbagai sektor di Johor
Astro AWANI meninjau pandangan dalam kalangan warga Johor mengenai pelasaran cuti hujung minggu kepada Sabtu Ahad bermula 1 Januari 2025 ini.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
AWANI Ringkas: Masih ada lori 'tayar botak' berani beroperasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Serba-serbi tidak kena dengan Sukan SEA 2019 ... apa sebenarnya berlaku?
Filipina yang sudah dikhuatiri sejak awal lagi dalam menjadi tuan rumah, ternyata belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi hos kali ini