ANKARA: Bandar Munich di Jerman akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak Eropah 2024 (EURO 2024), dan perlawanan akhir bakal berlangsung di Berlin.
"Jawatankuasa Eksekutif UEFA telah meluluskan jadual perlawanan untuk UEFA EURO 2024, yang akan berlangsung di sepuluh bandar di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024," lapor Agensi Anadolu memetik badan induk bola sepak Eropah, UEFA, dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Perlawanan pembukaan akan berlangsung di Arena Bola Sepak Munich, dan perlawanan akhir akan diadakan di Olympiastadion Berlin."
Negara tuan rumah Jerman layak secara automatik ke EURO 2024 dan akan bermain dalam Kumpulan A.
Jerman akan bermain perlawanan pembukaan di Arena Bola Sepak Munich pada 14 Jun 2024. Arena Bola Sepak Munich - milik Bayern Munich - dipanggil Arena Allianz atas sebab penajaan.
Jerman sebelum ini menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2006, yang menyaksikan Itali muncul juara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Olympiastadion Berlin akan menyaksikan perlawanan akhir kejohanan bola sepak Eropah 2024 (EURO 2024). - Foto Visit Berlin
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.