Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan agar semua pihak yang terlibat dalam polemik dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka lembaran baru berikutan kesudian Timbalan Presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk berbincang mengenai masa depan sukan itu.
Beliau berkata dengan adanya komitmen daripada Tengku Abdullah dan Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya yakin isu berkenaan akan dapat diselesaikan tanpa melalui media.
"Saya juga akan membincangkan perkara ini dengan bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mungkin terpaksa sekali lagi menghadap Tengku Mahkota Johor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2012 di sini malam tadi.
Beliau berharap semua pihak dapat membuka lembaran baharu berikutan adanya kesungguhan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesai polemik yang timbul.
"Saya nampak Tengku Mahkota Pahang amat terbuka dan harap Hamidin pun akan terbuka kerana kita nak lihat perubahan di FAM dan saya yakin Tengku Mahkota Pahang boleh bawa perubahan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai polemik berlanjutan membabitkan kewibawaan FAM sebagai badan induk sukan bola sepak negara berikutan mendapat kritikan hebat daripada beberapa pentadbir sukan sebelum ini termasuk beliau, Annuar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dan Shahidan.
Mengenai perjumpaannya dengan Tengku Abdullah, Khairy berkata beliau masih belum menetapkan tarikhnya dan akan menghadap Timbalan Presiden FAM itu apabila baginda mempunyai kelapangan.
Semalam, Tengku Abdullah berkata baginda bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Khairy mengenai soal masa depan bola sepak negara pada bila-bila masa.
Baginda berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy pada 19 Jun lepas yang hanya mahu bertemu dengan mereka yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
Khairy dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk berjumpa dengan pegawai tertinggi badan induk bola sepak negara itu seperti Tengku Abdullah dan bukannya menerusi media tempatan.
Bernama
Sat Jun 22 2013

Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Selesaikan polemik, buka lembaran baru dengan FAM - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan agar semua pihak yang terlibat dalam polemik dengan FAM membuka lembaran baru.