KUALA LUMPUR: Selepas melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin kini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha menambah koleksi emasnya pada Sukan Paralimpik 2024.
Jurulatih skuad powerlifting negara Jamil Adam berkata setelah kejayaan Bonnie meraih pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, tumpuannya selepas ini adalah melatih badang para itu menghadapi Kejohanan Powerlifting Para 2023 di Dubai yang merupakan medan kelayakan ke temasya sukan di Paris itu.
"Lepas ni kita ada satu kejohanan penting dan ia merupakan piala dunia, jadi kita akan beri tumpuan kerana ia juga merupakan laluan kelayakan ranking untuk Paralimpik Paris dan juga segala kejohanan yang dianjur pada 2024.
Ini merupakan satu kejohanan yang wajib disertai dan kami akan buat aksi terbaik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jamil dalam pada itu turut optimis, atlet berusia 23 tahun itu turut mampu meraih emas sama ada pada Kejohanan Dunia di Dubai dan temasya Sukan Paralimpik di Paris nanti.
Sementara itu, Jamil turut menyifatkan kejayaan jaguh dunia dalam menggenggam emas itu amat bermakna apatah lagi ia seperti menebus kegagalan Bonnie sewaktu penyertaan sulungnya pada edisi 2018 temasya itu di Gold Coast, Australia yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat keempat.
Penampilan kedua atlet kelahiran Sarawak berkenaan pada Sukan Komanwel kali ini turut memecahkan rekod kejohanan.
Berkongsi mengenai persiapan sebelum ke Birmingham, Jamil turut memaklumkan Bonnie membuat persediaan rapi menjelang penampilannya di Birmingham demi memastikan emas dalam genggamannya kali ini.
"Beberapa bulan sebelum berangkat memang Bonnie fokus dan saya nampak dia berikan sepenuhnya usaha untuk latihan.
"Dengan prestasi yang dia tunjukkan, dan dia juga dapat emas di Kejohanan Para Powerlifting Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtaek, Korea Selatan Jun lepas, saya memang sudah jangka dia pasti dapat emas di sini (Birmingham)," katanya.
Pada Khamis, pembawa jalur gemilang di temasya berprestij itu menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas keempat kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham dalam saingan di Pusat Pameran Nasional (NEC).
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu mencipta rekod baharu temasya dalam kategori 72 kilogram (kg) dengan angkatan 220 kg.
Kejayaan itu menyaksikan beliau mengulangi pencapaian di Tokyo apabila mencipta sejarah muncul atlet powerlifting pertama negara memenangi emas dengan angkatan 228 kg yang juga merupakan rekod Paralimpik.
Bonnie sebelum itu turut meraih kejayaan membanggakan menerusi pencapaian memenangi dua gelaran Juara dunia pada 2019 di Kazakhstan dan 2021 di Georgia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Bonnie dapat melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.

Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.

Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.

Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.