Penjaring 900 gol itu kini mempunyai pengikut sebanyak 58.2 juta sekali gus menjadi pemain bola sepak yang mengumpul jumlah subscriber terpantas di saluran itu.
"MrBeast adalah seorang lelaki yang saya ingin bersaing dalam dunia YouTuber, nantikan.
"Anak saya sering berkata bahawa saya adalah seorang YouTuber dan bukan lagi pemain bola sepak, apa yang saya mahukan sekarang adalah bersaing dengan Mr Beast dalam dua tahun akan datang," katanya dengan spontan dalam satu sesi podcast yang tular.
Untuk rekod, Ronaldo telah memperoleh sebanyak 55 juta pengikut dalam tempoh dua minggu sejak membuka akaun YouTube.
MrBeast pula telah mengumpul sebanyak 314 juta pengikut dan merupakan jumlah paling ramai dalam platform itu. -- Stadium Astro