Selangor menamatkan cabaran pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas kalah 2-0 kepada wakil Maldives, New Radiant Sports Club (NRSC), pada pusingan kedua 16 pasukan di Stadium Nasional Maldives, hari ini.
Kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan pada 90 minit perlawanan sebelum NRSC, selaku juara Kumpulan F, bangkit pada masa tambahan 30 minit untuk menempah tiket ke suku akhir.
Pada perlawanan pusingan kalah mati itu, pemain tengah Ahmed Niyaz membuka tirai jaringan pada minit ke-98 diikuti Ali Fasir pada minit ke-109, sekali gus meranapkan impian Selangor untuk melangkah ke suku akhir buat kali kedua selepas 2006.
Semalam, Kelantan, juara kumpulan G, turut tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas 2-0 kepada naib juara Kumpulan E, Kitchee Sports Club dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Sebelum ini, Kelantan pernah layak ke suku akhir pada 2012.
Bernama
Wed May 15 2013
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam pada Sabtu.
Pegawai tentera ditahan cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[TERKINI] Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan.
10 Berita Pilihan - (05 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu." - Griezmann
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.