KUALA LUMPUR: Selangor FC berjaya memperoleh tiga mata penuh hasil kemenangan ke atas Penang FC 3-0, dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, malam tadi.
Pada awal permainan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan agak perlahan dengan beberapa percubaan berjaya dilakukan, namun gagal menghasilkan sebarang gol.
Namun, Selangor berjaya mendahului pada minit ke-29 hasil jaringan pemain import Jordan, Noor Al-Rawabdeh menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Azfar Arif Sukri.
Di babak kedua perlawanan, kemasukan Richmond Boakye ternyata mengubah rentak permainan Selangor selepas pemain import Ghana itu mencetak gol kedua pasukan pada minit ke-59.
Kemahiran menggelecek Mohamad Faisal Abdul Halim di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-78 kemudian berhasil diterjemahkan kepada gol menewaskan penjaga gol Penang sekali gus menyaksikan Selangor terus selesa mendahului sehingga ke akhir perlawanan.
Kemenangan perlawanan ke-12 Selangor menyaksikan pasukan itu masih kekal di tangga kedua liga dengan 37 mata selepas 17 perlawanan manakalaPenang menduduki tangga ke-10 dengan19 mata.
Sementara itu, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, Kuala Lumpur (KL) City FC gagal memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri selepas terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan FC.
KL City membuka jaringan pada minit ke-59 selepas Romel Morales menanduk tepat hantaran lintang rakan sepasukan di dalam kawasan kotak penalti pihak lawan.
Kegembiraan KL City, bagaimanapun, tidak kekal lama apabila diragut Zainal Abidin Jamil yang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
KL City menghuni tangga keenam liga dengan 25 mata dengan Negeri Sembilan di tempat kesembilan dengan 20 mata.
Dalam pada itu di SABAH, tuan rumah mengutip tiga mata selepas membenam Sri Pahang FC 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Skuad Sang Badak tidak perlu menunggu lama bagi membuka jaringan pendahuluan menerusi Darren Lok pada minit kesembilan diikuti Ramon Machado pada minit ke-43.
Babak kedua perlawanan, gawang gol Sri Pahang terus dibolosi apabila Darren menambah jaringan pada minit ke-64 sebelum Stuart Wilkin melengkapkan gol keempat Sabah selang lima minit kemudian.
Sabah merekodkan kemenangan ke-10 selepas 17 perlawanan untuk menghuni tangga kelima dengan 33 mata manakala Sri Pahang memiliki kelebihan satu mata untuk menduduki tangga keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Kemahiran menggelecek Faisal Halim pada minit ke-78 berhasil diterjemahkan kepada gol, menyaksikan Selangor terus selesa mendahului sehingga ke akhir perlawanan. - Foto Facebook Malaysian Football League

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penang FC mahu manfaat masa 'rehat' sebulan perbaiki kesilapan
Wan Rohaimi berkata, pasukannya masih berada dalam kedudukan kritikal dan sudah mengharungi 20 perlawanan berbanding pasukan lain.

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.

NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.