Selangor bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak dengan keputusan 1-1 pada perlawanan dramatik Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat.
Perkongsian mata itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Selangor dan Perak yang masing-masing menduduki tangga ketiga dan ketujuh liga dengan pungutan 26 dan 22 mata.
Kedudukan Selangor boleh dipintas oleh pasukan tangga keempat liga, Johor Darul Takzim (Johor DT) sekiranya pasukan selatan tanahair itu menundukkan Selangor PKNS FC di halaman sendiri, Sabtu malam.
Pada pertemuan antara Selangor-Perak, Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa mengejutkan pasukan Gergasi Merah menerusi sepakan percuma yang menarik daripada jarak 20 meter pada minit ke-19 sebelum pemain gantian, Raimi Mohd Nor menyelamatkan maruah Selangor dengan gol penyamaan pada masa kecederaan.
Kelantan pula terus memberi tekanan kepada pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan yang masih belum mencatatkan kemenangan dengan keputusan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Tiga gol skuad The Red Warriors dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-31, Indra Putra Mahayuddin (minit ke-75) dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-81.
Dalam saingan Liga Perdana, Sarawak berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Sime Darby FC musim ini selepas menundukkan wakil kelab Lembah Klang itu dengan keputusan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Bobby Gonzales muncul wira skuad Bujang Senang dengan jaringan gol tunggal pada minit ke-19 untuk membolehkan mereka mengutip 37 mata, kurang dua mata berbanding Sime Darby FC yang kekal menerajui takhta Liga Perdana setakat ini.
Di Alor Star, Kedah merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah dalam perlawanan dramatik di Stadium Darul Aman, Alor Star.
Penyerang import dari Croatia, Alen Guc menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol seawal minit kelapan selepas mendapat hantaran kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menambah derita pasukan Sabah dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-37 setelah memanfaatkan keadaan kelam kabut
Bernama
Sat May 11 2013
![Selangor kekal di tangga ketiga Liga Super Selangor kekal di tangga ketiga Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81368242142_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718273416_TBFAISAL.jpg)
Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang Selangor FC dilihat berganda selepas Faisal Halim 'direhatkan' dan didenda RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
![Romel Morales sertai JDT Romel Morales sertai JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708466740_RomelMoraleJDT.jpg)
Romel Morales sertai JDT
Morales memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.
![TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654760591_TBTMJ.jpg)
TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua.
![Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638284383_JDTvsKLCity.jpg)
Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat
Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat sempena meraikan kemenangan KL City pada piala akhir Piala Malaysia, malam tadi.
![Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617410781_DatukSeriReezalMe.jpg)
Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur
Pada perlawanan malam tadi, Stadium Sultan Ibrahim menempatkan seramai 260 pihak berkuasa, termasuk marshall, bagi membantu proses berjalan lancar.
![SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617368836_JDT.jpg)
SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong
Dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, penonton mula masuk ke stadium seawal jam 6 petang.
![Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607427995_kemalangan.jpg)
Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.
![PKPB: Anugerah hiburan bawah industri kreatif, dibenarkan berlangsung PKPB: Anugerah hiburan bawah industri kreatif, dibenarkan berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605176486_genericmicrophone.jpg)
PKPB: Anugerah hiburan bawah industri kreatif, dibenarkan berlangsung
Acara anugerah hiburan dijadualkan berlangsung pada Jumaat dibenarkan kerana tertakluk di bawah industri kreatif yang termasuk dalam senarai SOP yang boleh beroperasi ketika tempoh PKPB.
![Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini? Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602930531_pemainbola.jpg)
Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini?
Safawi Rasid sekali lagi bakal berdepan dengan bintang Brunei, Faiq Jefri Bolkiah untuk perlawanan Liga Primeira pada 10.30 malam Sabtu.
![COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594742489_NoorHisham.jpg)
COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes pertama Kluster Bukit Tiram di luar negeri Johor, membabitkan seorang warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.