Naib juara Liga Super Selangor dan juara Liga Premier Kedah meletakkan harapan tinggi kepada para pemain apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini.
Ketua jurulatih Selangor Mehmet Durakovic berkata beliau yakin dengan peluang pasukan Red Giant memenangi piala berprestij itu untuk kali ke-33, sekali gus menamatkan kemarau 10 tahun sejak kali terakhir memenanginya pada 2005 melalui kemenangan 3-0 ke atas Perlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Bagaimanapun beliau tetap berwaspada dengan kemampuan pasukan Kedah yang berhasrat membawa balik piala berkenaan yang kali terakhir dimenangi pada 2008 dengan menyingkir pasukan Red Giant 3-2, di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Kami akan melakukan yang terbaik di depan keluarga dan penyokong dengan mempamerkan permainan terbaik di atas padang. Perlawanan ini pasti sukar kerana kami mempunyai peluang setara untuk menang.
"Jika taktik betul dan pemain kurang melakukan kesilapan selain memberi memberi tumpuan kepada perlawanan, saya sangat yakin kami boleh menang Piala Malaysia," katanya pada sidang media menjelang perlawanan akhir..
"Jika kami menang sudah pasti ia (pencapaian) terhebat untuk saya sebagai jurulatih. Kemenangan itu juga menjadi hadiah sangat bermakna kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang menyambut hari keputeraan ke-70," kata bekas pemain pasukan kebangsaan Australia yang pernah menjulang Piala Malaysia tiga kali ketika bersama Selangor pada 1995, 1996 dan 1997.
Sementara itu pemangku ketua jurulatih Kedah Ramon Marcote berkata pasukannya tidak menghadapi tekanan menjelang perlawanan akhir esok kerana mereka sudah menjuara Liga Premier.
"Selepas menang Liga Premier musim ini tahap keyakinan pasukan kami sangat tinggi untuk persaingan Piala Malaysia ini dan sudah pasti kami sangat gembira dapat masuk ke akhir.
"Kami hadir di sini untuk menikmati permainan, kami tidak tertekan dan sudah pasti kami mahu memenangi Piala Malaysia musim ini," kata bekas penolong jurulatih kelab Sepanyol, Atletico Madrid itu.
Pada masa sama Marcote yang lebih mesra dengan panggilan Marco di kalangan pemain menolak laporan media yang mendakwa para pemain Helang Merah menghadapi kesukaran untuk memahami arahannya semasa sesi latihan berikutan beliau tidak fasih berbahasa Inggeris.
"(Saya mengaku) para pemain dan saya tidak fasih bahasa Inggeris tetapi mereka boleh memahami arahan-arahan saya. Sejak hari pertama bersama pasukan selepas Tan (Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Kedah) pergi China, tiada perubahan," jelasnya.
Kedah bakal menerima suntikan baharu yang mengukuhkannya apabila Tan yang mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan lesen A di China sejak Nov lalu kembali bersama pasukan berkenaan, malam ini.
Sebagai rekod kedua-dua pasukan pernah bertarung di akhir Piala Malaysia 2008 yang menyaksikan kemenangan dramatik pasukan Kedah.
Bernama
Sat Dec 12 2015

Pasukan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini. - Foto Bernama
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Selangor akur perlu lupakan Stadium Shah Alam
Pasukan Gergasi Merah itu terpaksa menggunakan Stadium UiTM Shah Alam menjelang penyambungan Liga Super bulan depan memandangkan laman keramat mereka itu perlu melalui proses baik pulih.

Kemenangan Selangor bangkit semangat juang ke Piala AFC - Zainal
Kejayaan pasukan Selangor mampu membangkitkan semangat juang pasukan untuk bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).