SHAH ALAM:Selangor FC menjalinkan kerjasama strategik bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam usaha pasukan itu memperkasakan bola sepak di peringkat akar umbi di negeri ini.
Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama antara pasukan Gergasi Merah itu bersama MBSA, bakal menyalurkan kepakaran dan perkongsian strategik lain seperti logistik serta fasiliti sukan berkenaan.
"MBSA merupakan antara entiti yang banyak menyokong usaha membangunkan bola sepak di negeri ini, melalui pembabitan pasukan bola sepak yang bertanding di liga peringkat negeri serta akademi bola sepak.
"MBSA juga banyak memberi perhatian kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan bakal memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak," maklum kenyataan tersebut.
Kerjasama strategik antara dua pihak itu dilaksanakan dalam satu majlis ringkas di FAS Training Centre, dekat sini, semalam, apabila MBSA menyumbangkan dana tunai sebanyak RM500,000 sebagai tajaan kepada pasukan Selangor FC dalam menghadapi musim 2021.
Majlis perjanjian kerjasama itu turut disaksikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah merangkap Pengerusi Selangor FC dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Haris Kasim.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dalam kenyataan yang sama berharap kerjasama strategik pihaknya bersama MBSA akan mengembalikan zaman kegemilangan Gergasi Merah dan lebih banyak entiti korporat lain turut tampil memberi sumbangan.
"Selangor FC mengucapkan terima kasih atas sumbangan wang tunai, kepakaran dan logistik yang diberikan oleh pihak MBSA dan sudah tentu sumbangan ini akan memperkemaskan lagi persediaan pasukan Selangor untuk musim 2021.
"Ini termasuk program pembangunan pasukan elit di bawah Selangor FC, terutamanya setelah pasukan ini telah diswastakan sebagai pasukan bola sepak profesional sejak Disember lalu," katanya.
Sementara itu, Johan berkata pasukan Selangor FC sedang menjalani persediaan rapi bagi beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum saingan Liga Super 2021 bermula pada hujung Februari ini.
Dalam pada itu, Haris dalam kenyataan yang sama berkata kerjasama erat antara Selangor FC dan MBSA sudah lama terjalin dan bandar raya Shah Alam juga cukup sinonim sebagai 'rumah' kepada pasukan Gergasi Merah.
"Oleh itu, MBSA merasa terpanggil untuk memainkan peranan sebagai antara rakan strategik untuk pasukan Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 09 2021
Kerjasama antara pasukan Gergasi Merah bersama MBSA, bakal menyalurkan kepakaran dan perkongsian strategik lain. - Foto Selangor FC
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
Penyokong diminta faham situasi pasukan KDA FC
Mohd Nafuzi Zain memohon agar penyokong dan peminat memahami keadaan pasukan serta menerima keputusan yang memihak kepada Selangor FC.
Aliff Izwan wira Selangor atasi Kedah di Alor Setar
Skuad Gergasi Merah tampil dengan aksi bertenaga tetapi menerima tentangan sengit pasukan tuan rumah.
Nidzam Jamil letak jawatan, tidak lagi kemudi Selangor FC
Tugas Ketua Jurulatih pasukan utama akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara pasukan mendapatkan jurulatih baharu.
Jurang besar berbanding JDT, Selangor FC fokus raih mata sebanyak mungkin - Dr Johan
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengakui skuad Gergasi Merah mempunyai jurang yang besar daripada berbanding pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selangor layak menang - Nidzam
Pengendali Selangor FC Nidzam Jamil memuji persembahan Red Giants selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors FC dari Korea Selatan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL) 2.
Cedera ACL, Selangor hilang khidmat Noor Al-Rawabdeh
Bintang Jordan berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa dia mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
Nidzam kecewa Selangor gagal 'bunuh' perlawanan berdepan PDRM
Pengendali Selangor FC Nidzam Jamil tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya, selepas skuad Gergasi Merah gagal membawa pulang tiga mata ketika bertemu PDRM FC.