Juara bertahan, Selangor membawa kelebihan satu gol menjelang aksi timbal balik selepas menang tipis 4-3 ke atas pasukan 'adik', PKNS FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Skuad Gergasi Merah ternyata bergelut pada perlawanan tersebut sebelum pemain import dari Argentina, Mauro Olivi menjaringkan gol kemenangan untuk skuad kendalian jurulatih sementara, K. Gunalan pada minit ke-85.
Terdahulu, Selangor mendahului 2-1 pada babak pertama perlawanan menerusi jaringan Ugo Ukah pada minit kelima dan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-24, sebelum Juan Manuel Cobelli mengurangkan defisit jaringan, selang empat minit kemudian.
Bersambung babak kedua, R. Gopinathan menjaringkan gol ketiga untuk Selangor pada minit ke-52, namun PKNS FC bangkit mengikat kedudukan 3-3 menerusi sentuhan penyudah Gonzalo Soto pada minit ke-60 dan Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-74.
Dalam pada itu, Negeri Sembilan dan T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri berdepan lawan masing-masing.
Negeri Sembilan seri tanpa jaringan menentang naib juara Piala Malaysia musim lepas, Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala T-Team seri 1-1 berdepan Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pada aksi di Kuala Terengganu, Muhammad Safawi Rasid meletakkan T-Team di hadapan menerusi gol seawal minit ketiga perlawanan sebelum Francis Forkey Doe menyamakan kedudukan pada minit ke-51.
Sementara itu, juara dua kali Piala Malaysia Kelantan tewas mengejut 1-2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu lagi aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Dua gol PDRM dijaringkan Safuwan Baharudin pada minit kelima dan Guilherme de Paula pada minit ke-22, manakala Kelantan meraih gol saguhati menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-14.
Terdahulu, PDRM terpaksa beraksi dengan sembilan pemain setelah K. Reuben dan de Paula dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Fitri Maskon.
Reuben diperintahkan meninggalkan padang selepas mengasari Indra Putra pada minit ke-59, sebelum de Paula menerima nasib yang sama pada minit ke-89 kerana dikatakan sengaja melengahkan perlawanan.
Kesemua aksi suku akhir kedua Piala Malaysia dijadual berlangsung 17 September ini.
Bernama
Sun Aug 28 2016
Pemain Selangor Mohd Azmi Muslim (kanan) cuba mengawal bola dari pemain PKNS FC Gonzalo Manuel Soto (kiri) pada perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam malam tadi. - Gambar Bernama
Calon PM: Gerakan akan rujuk Majlis Tertinggi
Perdebatan isu berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dirujuk dan dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 9 Disember hadapan.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.
Fokus Minggu Depan: Tenaga muda kekang perubahan iklim
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
Kerajaan terus bantu, tiada sekatan royalti kepada Terengganu - Fahmi
Menteri Komunikasi menafikan Kerajaan Persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Sekurang-kurangnya 18 maut serangan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 18 maut manakala 30 lagi cedera dalam keganasan kaum di barat laut Pakistan, kata pegawai pada Sabtu (23 November).
Hari Kanak-Kanak: Aayushi Yeogeswaran, penulis cilik luar biasa
Bakat luar biasa dimiliki anak tunggal kepada pasangan Dave Yeogeswaran dan Devagi Chandurasegaran itu juga telah membawa kanak-kanak itu meraih gelaran penulis buku termuda dalam Malaysia Book of Records.
Selangor bawa kelebihan satu gol
Juara bertahan, Selangor membawa kelebihan satu gol menjelang aksi timbal balik selepas menang tipis 4-3 ke atas pasukan 'adik', PKNS FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.
Malaysia cemerlang lakar kemenangan kedua
Malaysia mencatatkan kemenangan kedua pada pusingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Asia 2014 Bawah 14 Tahun apabila mengalahkan Filipina 2-0.