HARI ini, kira-kira jam 2 petang, wira-wira yang mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik Rio yang berakhir dua hari lepas, akan kembali ke tanah air.

Kepulangan mereka pastinya dinanti-nantikan, apatah lagi dengan kilauan empat pingat perak dan satu gangsa yang akan mengiringi mereka.

Paling ditunggu tentu sekali jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang buat kali ketiga berturut-turut, berjaya membawa Jalur Gemilang ke podium.

BACA: Rio 2016: Kilauan perak daripada beregu lelaki negara

BACA: Rio 2016: Beregu campuran Liu Ying-Peng Soon raih pingat perak buat Malaysia

BACA: Rio 2016: Azizulhasni raih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki

BACA: Rio 2016: Chong Wei bawa pulang pingat perak untuk negara

Menerusi laman Twitter Astro AWANI, netizen tidak mahu ketinggalan meluahkan rasa tidak sabar, bangga dan gembira dengan kepulangan mereka.


Bukan sahaja ucapan, malah ada juga yang menyertakan banner hasil kreativiti masing-masing. Tidak kurang juga yang merancang mahu bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka.


Pencapaian kontinjen negara kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik.