Pelumba negara Loh Sea Keong dinobatkan sebagai juara keseluruhan edisi ke-48 perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013).
Dalam perlumbaan lima peringkat yang melabuhkan tirainya di sini hari Ahad, pelumba berusia 26 tahun itu berjaya menyarung jersi Kuning selaku juara keseluruhan apabila mengumpul catatan masa 20 jam 11 minit 58 saat.
Selain jersi Kuning, beliau turut mengekalkan jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia dan jersi Putih selaku pelumba terbaik Malaysia.
"Ini suatu pencapaian yang amat bermakna kepada saya. Saya amat berbangga kerana menjadi pelumba Malaysia yang memenangi jersi Kuning ini. Penat lelah dan usaha keras saya akhirnya berbaloi," katanya.
Pelumba pasukan OCBC Singapore Continental Cycling Team itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan pelumba Malaysia yang lain atas bantuan mereka dalam mencapai kejayaan itu.
Sea Keong berkata beliau akan cuba mempertahankan kejuaraan itu pada edisi tahun depan.
"Saya rasa saya masih mampu lagi (untuk muncul juara keseluruhan)...itu pun sebelum saya bersara," katanya secara berseloroh.
Selepas J1M 2013, tumpuan beliau kini terarah kepada beberapa perlumbaan seperti Tour of Borneo, Tour de East Java dan Tour of Hokaido .
Perlumbaan peringkat kelima dan terakhir dari Bukit Katil ke Putrajaya dengan jarak 169.8km menyaksikan pelumba Azerbaijan, Samir Jabra Yilov dari pasukan Synergy Baku Cycling Project menang dengan catatan masa 4:01.23s.
Beliau berjaya memintas di saat akhir dua lagi pelumba pendahulu dari Filipina, Ronald Oranza daripada LBC-MVPSF Cycling Pilipinas dan Galedo Mark Lexer daripada Team 7 Eleven Presented by Roadbike Philippines.
Gelaran Raja Bukit pula dimenangi oleh Mohd Zamri Salleh daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) walaupun gagal meraih sebarang mata pada peringkat pendakian di Bukit Mantin, Negeri Sembilan.
"Saya sebenarnya adalah pelumba pecut dan pendakian dalam perlumbaan ini tidak tinggi dan boleh juga dimonopoli oleh pelumba pecut. Saya berbangga juga bila mendapat jersi Merah ini," kata pelumba berusia 29 tahun itu.
Sementara adiknya, Mohd Harrif pula mengekalkan jersi Hijau selaku Raja Pecut, sekali gus mengulangi pencapaiannya pada edisi 2011.
"Semasa peringkat ketiga, saya memang yakin untuk menang peringkat itu dan raih jersi Hijau. Bagaimanapun, sasaran untuk melakukan satu lagi pecutan berkumpulan tidak berjaya tetapi saya gembira menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik," katanya.
Pasukan Synergy Baku Cycling Project muncul pasukan terbaik keseluruhan dengan mengumpul catan masa 60:40:18s, sementara pasukan kebangsaan Malaysia menamatkan saingan di tempat keenam dengan mengumpul masa 60:54:30s.
Bernama
Sun Jun 30 2013
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Donnelly menang peringkat kedua Jelajah 1Malaysia
Aaron Donnelly, pelumba pasukan Huon Salmon-Genesys Wealth Adviser, memenangi peringkat kedua perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013.