"Kalau tak tengok besi sehari tak boleh, kerana sukan bina badan sudah sebati dalam diri saya," demikian luah jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang berkecimpung dalam sukan itu sejak berumur 25 tahun.
Walaupun berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun bermula 22 Sept tahun lepas selepas didapati positif ujian doping, anak jati Batu Pahat itu tidak putus asa dan terus menjalankan latihan rutin harian secara peribadi bagi menjaga stamina dan otot badanya.
Sazali, 48, terpaksa akur dengan hukuman tersebut selepas Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) mengeluarkan keputusan positif bahawa beliau mengambil makanan tambahan mengandungi bahan terlarang pada ujian doping, 1 September tahun lepas sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49, dari 29 Sept hingga 5 Okt 2015.
"Saya anggap semua ini adalah ujian daripada tuhan dan saya akur dengan apa yang berlaku, namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berada dalam sukan bina badan," katanya yang ditemui pemberita baru-baru ini.
Juara 'Mr Universe' sebanyak 10 kali itu berkata disebabkan pergantungan tersebut, beliau kini tidak lagi menerima elaun atlet, bantuan makanan tambahan dari Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun khidmat bantuan sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN).
Sazali berkata beliau tidak bercadang untuk bersara dari arena sukan bina badan walau pun terpaksa menjalani tempoh penggantungan yang agak panjang.
"Selepas empat tahun nanti, umur saya pada masa itu sudah mencecah 53 tahun tetapi ia bukan halangan untuk saya terus menyumbang kepada negara kerana ramai atlet bina badan berumur lingkungan 60-an dari negara timur tengah masih mampu menjaga otot badan mereka dengan baik," katanya.
Menurut Sazali, beliau ada bercadang untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland, namun, ia bukan dilakukan dalam masa terdekat kerana ingin memberi fokus kepada perkara lain terlebih dahulu selain tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
Katanya, beliau kini berkhidmat sebagai warden dengan MSN dan amat berterima kasih kepada badan induk pentadbir sukan negara itu.
"Bila ada masa terluang, saya masih mendisiplinkan diri mengangkat besi dalam masa empat jam sehari bagi menjaga otot badan," katanya.
Sazali berkata, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat sukan bina badan kerana masih memberi kata semangat kepadanya setiap kali bertemu.
"Mereka akan tanya saya bila hendak bertanding lagi dan mereka juga masih ingin bergambar dengan saya walaupun mereka tahu saya digantung selama empat tahun sebagai atlet kebangsaan. Saya rasa terharu dengan sokongan moral yang diberikan oleh semua peminat," katanya.
Sebagai rekod, Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) serta Mumbai, India (2014).
Bernama
Mon May 02 2016

SAZALI: Bila ada masa terluang, saya masih mendisiplinkan diri mengangkat besi dalam masa empat jam sehari bagi menjaga otot badan.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Burger salmon atlet bina badan negara cetus fenomena, jadi 'buah mulut'
Keputusan membuka gerai burger yang digelar 'Burger Muscleman' itu setelah menyedari kesukaran orang ramai, untuk mendapatkan makanan sihat.

Sazali tak terkesan penggantungan MBBF
Penggantungan Sazali ditambah empat tahun selepas dia menyertai satu pertandingan tahun lalu.

Malek Noor kecewa atlet bina badan cenderung ambil steroid
Bekas jaguh itu berkata, majoriti atlet sedar penggunaan steroid boleh menghancurkan masa depan mereka, namun tidak mengendahkannya.

Positif doping: Hukuman perlu diseragamkan - Halim
Sazali positif steroid sementara atlet angkat berat, Constantine Clement dan Nasir Roslan, hanya digantung dua tahun walaupun menggunakan bahan sama.

'Saya tidak boleh jika tidak tengok besi walau sehari' - Sazali Samad
Walaupun berdepan hukuman penggantungan empat tahun bermula 22 September tahun lepas selepas didapati positif ujian doping, Sazali tidak putus asa dan terus berlatih.

Atlet perlu bertanggungjawab terhadap kes doping - MOM
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) hari ini, mengesahkan dua atlet elit negara gagal ujian doping yang dikendalikan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas).