Dua atlet elit angkat berat negara yang terbabit dalam kes doping perlu bertanggungjawab atas tindakan dilakukan mereka itu, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo.
"Mereka perlu faham bahawa tanggungjawab adalah atas mereka. Apa yang diambil, apa yang disuntik pada badan, mereka perlu bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) hari ini, mengesahkan dua atlet elit negara gagal ujian doping yang dikendalikan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas).
Berikutan itu, PABM telah mengeluarkan surat kepada kedua-dua atlet terbabit dan mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab mengenai keputusan positif sampel A.
Setiausaha PABM Pang Siew Huat juga sedang mengatur untuk membawa pulang kedua-dua atlet berkenaan ke Malaysia dan mereka dijangka tiba dalam masa seminggu.
Kedua-dua atlet tersebut juga akan digantung sementara daripada program 'Kita Juara' yang diperkenalkan dalam misi Malaysia untuk muncul juara Sukan SEA 2017.
Atlet angkat berat negara termasuk Mohd Hafifi Mansor, Mohd Zulhelmi Md Pisol, Muhammad Azroy Hazalwafie Izsar Ahmad, Loro Welkinson, Mohd Fazrul Azri, Aznil Bidin, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan kini berada di China sebagai persiapan untuk Kejohanan Asia di Uzbekistan.
Kejohanan itu penting kerana menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.
Kejohanan itu yang berlangsung dari 22 hingga 30 April, menawarkan slot ke Olimpik kepada enam pasukan terbaik dan atlet yang beraksi pada pertandingan itu turut berpeluang layak dalam kategori individu jika memenangi pingat.
Bernama
Fri Apr 15 2016

BENG CHOO: Apa yang diambil, apa yang disuntik pada badan, mereka perlu bertanggungjawab.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Burger salmon atlet bina badan negara cetus fenomena, jadi 'buah mulut'
Keputusan membuka gerai burger yang digelar 'Burger Muscleman' itu setelah menyedari kesukaran orang ramai, untuk mendapatkan makanan sihat.

Sazali tak terkesan penggantungan MBBF
Penggantungan Sazali ditambah empat tahun selepas dia menyertai satu pertandingan tahun lalu.

Malek Noor kecewa atlet bina badan cenderung ambil steroid
Bekas jaguh itu berkata, majoriti atlet sedar penggunaan steroid boleh menghancurkan masa depan mereka, namun tidak mengendahkannya.

Positif doping: Hukuman perlu diseragamkan - Halim
Sazali positif steroid sementara atlet angkat berat, Constantine Clement dan Nasir Roslan, hanya digantung dua tahun walaupun menggunakan bahan sama.

'Saya tidak boleh jika tidak tengok besi walau sehari' - Sazali Samad
Walaupun berdepan hukuman penggantungan empat tahun bermula 22 September tahun lepas selepas didapati positif ujian doping, Sazali tidak putus asa dan terus berlatih.

Atlet perlu bertanggungjawab terhadap kes doping - MOM
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) hari ini, mengesahkan dua atlet elit negara gagal ujian doping yang dikendalikan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas).