Penjaga gol Indonesia yang menendang perut seorang penyerang lawan sehingga meninggal dunia dalam satu perlawanan liga negara itu melahirkan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku.
Agus Rohman yang menerima ugutan bunuh selepas menyebabkan Akli Fairuz, 27, maut selepas perlawanan tersebut menyifatkan beliau tidak seharusnya dipersalahkan seorang sahaja.
Beliau mengatakan bantuan perubatan yang dilakukan turut dikatakan sebagai penyumbang kepada kematian Fairuz.
Rohman memberitahu AFP bahawa beliau tidak berhenti bersedih atas kejadian itu.
“Saya tidak pernah berniat untuk mencederakan atau membunuh pemain pasukan lawan dan kejadian yang berlaku benar-benar membuatkan saya menyesali dengan apa yang berlaku,” kata pemain yang berusia 34 tahun itu.
“Mengapa harus dia (Fairuz) meninggal dunia daripada kejadian itu dan saya benar-benar meminta maaf kepada semua terutamanya keluarga Akli,”.
Fairuz maut beberapa hari selepas perlawanan yang berlangsung pada 10 Mei itu merencatkan situasi bola sepak Indonesia yang telah ditekan dengan pelbagai permasalahan yang berlaku beberapa tahun belakangan ini seperti krisis kepemimpinan hinggalah kepada kejadian-kejadian beberapa pemain import yang meninggal dunia selepas mengadu tidak dibayar gaji mereka.
Insiden terbaru ini berlaku ketika pasukan yang diwakili Rohman, PSAP Sigli bertemu pasukan yang diwakili Fairuz iaitu Persiraja Banda Aceh di Banda Aceh, barat Pulau Sumatera.
Kedua-dua kelab tersebut bermain di Divisyen Premier Liga Indonesia yang merupakan liga divisyen dua negara itu.
LIHAT VIDEO INSIDEN PEMAIN MENINGGAL DUNIA SELEPAS DITERJAH PENJAGA GOL
Rakaman video memaparkan Fairuz sedang cuba berlari di dalam kotak penalti pasukan lawan untuk membuat tendangan setelah bola tersebut melantun daripada tangan Rohman.
Namun, penjaga gawang tersebut meluru laju dan menendang Fairuz di perut sehingga menyebabkan Fairuz terpaksa dikejarkan ke hospital.
Fairuz bagaimanapun meninggal dunia pada Mei 16 disebabkan kecederaan parah pada ususnya.
Rohman menjelaskan bahawa tendangan tersebut “tidak kasar” dan “tidak boleh dielakkan” dan menjelaskan Fairuz masih sempat menyaksikan perlawanan tersebut di tepi padang sebelum dibawa ke hospital.
“Saya tidak dapat menerima jika kesalahan ini diletakkan di bahu saya seorang,” kata beliau sambil menambah bahawa keadaan Fairuz semakin teruk selepas menjalani pembedahan.
Penjaga gawang tersebut dijangka akan menemui pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Indonesia yang telah menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Astro Awani
Thu May 22 2014
Pemain Persiraja Banda Aceh, Akli Fairuz maut setelah mengalami kecederaan parah
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Saya tidak berniat bunuh pemain pasukan lawan - Penjaga gol Indonesia
Penjaga gawang Indonesia yang menendang perut seorang penyerang lawan sehingga maut menyesali dengan apa yang telah berlaku.