"SAYA sudah penat," kata pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean, yang memilih untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Selepas sembilan tahun di bawah naungan badan induk itu, Meng Yean akhirnya memilih untuk membawa haluan berbeza kerana tidak dapat menanggung tekanan sebagai pemain kebangsaan, terutama selepas menjadi antara pemain paling senior.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, dia berkata: "Sudah sembilan tahun saya dalam BAM, saya rasa sudah cukuplah dan sudah sampai masanya untuk saya keluar dan menghadapi cabaran baru.
"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menghadapinya.
"Selepas (Chow) Mei Kuan bersara, saya digandingkan dengan beberapa pemain muda untuk melihat siapa yang lebih sesuai.
"Selepas dia bersara, hati sudah ada sedikit letih. Orang atas pula terus memberikan tekanan buat saya kerana saya antara pemain paling senior.
"Ketika itu, sekiranya saya tidak mendapatkan keputusan yang baik, saya akan berasa amat tertekan memandangkan saya bergandingan dengan orang baru.
"Kemudian, seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia sedang memerhatikan saya dan kebanyakan komen sudah tidak berapa baik dan saya berasa amat tertekan sehingga saya memilih untuk berhenti.
"Sebenarnya saya sudah lama menghantar surat (peletakan jawatan), sebulan lalu, sebelum Lee Zii Jia.
BACA: Meng Yean pula keluar BAM
"Sekarang saya memilih untuk berehat sepanjang Februari ini.
"Saya mahu kembali segar dan merancang segala-galanya, jadi saya hanya akan bermula semula pada Mac ini.
"Selepas itu ada dua kemungkinan. Mungkin saya akan bermain secara profesional atau saya akan bersara sepenuhnya," katanya.
Astro Arena
Mon Jan 31 2022
Meng Yean (kiri) ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly. - Foto Astro ARENA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Saya sudah penat - Meng Yean tinggalkan BAM kerana tertekan
Dia akui tidak dapat menanggung tekanan sebagai pemain kebangsaan, terutama selepas menjadi antara pemain paling senior.
Meng Yean pula keluar BAM
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, walaupun agak sukar membuat keputusan meninggalkan badan induk berkenaan, namun dia sentiasa bersedia untuk beraksi mewakili negara kelak.
Menang atau kalah, kita akan terus berjuang - Meng Yean
Biarpun harapan untuk melangkah ke suku akhir tidak kesampaian, kapten skuad Piala Uber negara Lee Meng Yean berjanji bahawa beliau dan rakan sepasukan tetap akan berjuang hingga perlawanan terakhir.
Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.
Tokyo 2020: Mei Kuan-Meng Yean gagal atasi beregu Indonesia
Wakil Indonesia itu menampilkan permainan cemerlang hingga memaksa beregu negara itu kerap melakukan kesilapan.
Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.
Zii Jia, lima beregu layak ke final Jelajah Dunia HSBC BWF
Kesemua mereka layak ke kejohanan akhir musim itu selepas tersenarai dalam lapan pemain dan beregu terbaik bagi setiap kategori.
2018 tahun kebangkitan Vivian Hoo
Vivian Hoo berpandangan 2018 ibarat nafas kedua untuk dia dan Woon Khe Wei membuktikan status mereka sebagai pemain senior dalam Persatuan Badminton Malaysia.