Kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya berkata beliau sudah bersedia untuk mengemukakan surat tunjuk sebab dan pengesahan daripada doktor pakar berhubung kecederaan yang dialaminya sehingga gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Khamis lepas.
Perancang tengah berpengalaman ini berkata beliau telah menghubungi pembantu jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe untuk membuat laporan secara tidak rasmi sejurus disahkan cedera selepas perlawanan akhir Liga Super menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini baru-baru ini.
"Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.
"Doktor turut menasihatkan saya menjalani rawatan di sini (Kota Baharu)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pengurus Pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal berkata tindakan tegas menanti Mohd Badhri kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Subahan dilapor sebagai berkata Mohd Badhri mendakwa berlaku terlewat penerbangan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur, namun ia bukan alasan yang boleh diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata beliau terpaksa menggugurkan Mohd Badhri dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil selepas kedua-dua mereka mengalami kecederaan.
Beliau berkata bagaimanapun Mohd Badhri perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya.
Mengulas lanjut, Mohd Badhri berkata beliau akan melapor diri kepada FAM jika disuruh berbuat demikian dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan daripada pengamal perubatan di ibu negara.
"Bagaimanapun saya bersedia dengan surat tunjuk sebab yang disediakan (ahli) fisioterapi, jika terpaksa ke Wisma FAM.
"Siapa sahaja mahu bermain dengan pasukan kebangsaan kerana ia satu penghormatan, namun jika cedera dan hanya panaskan bangku simpanan sahaja, ia hanya buat seseorang pemain rasa lebih kecewa," jelasnya.
Bernama
Sat Jul 13 2013
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu." - Griezmann
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.