KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menghapuskan julukan 'Usain Bolt Malaysia', pada penampilannya di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia dari 1 hingga 6 Ogos ini.
Muhammad Azeem yang akan beraksi dalam acara 100 meter (m) dan 200m berkata kejohanan berprestij itu, adalah peluang terbaik beliau mencipta nama tersendiri, dan membuktikan kepada dunia siapa dirinya sebenar.
"Sebelum ini mungkin saya dikenali sebagai Usain Bolt Malaysia, tetapi secara peribadi saya nak orang kenal saya sebagai Azeem Fahmi bukannya Usain Bolt Malaysia. Saya juga nak buktikan dekat semua orang yang saya bukan 'one year wonderboy'.
"Saya akan cuba yang terbaik untuk buktikan yang mana saya bukan hanya boleh lakukan yang terbaik di dalam negara, malah di luar juga," katanya ketika ditemui pada sesi simulasi sistem 'false start' bersama barisan atlet pecut negara di Stadium Nasional di Bukit Jalil, pada Isnin.
Pada masa sama, atlet berusia 18 tahun itu berkata Bolt yang merupakan legenda pecut Jamaica dan pemegang rekod 100m dan 200m dunia, mempunyai karakter yang berbeza dengan dirinya, menyebabkan beliau ingin dikenali kerana personaliti yang dimilikinya.
"Kita tak tahu di masa depan mungkin rezeki saya lebih jauh lagi ke depan dan mungkin saya juga boleh berada di pentas dunia, adakah orang (masih) akan mengenali saya sebagai Usain Bolt atau Azeem Fahmi," katanya.
Menjelang kejohanan dunia di Cali, Muhammad Azeem dilihat berada pada tahap terbaiknya selepas mencatat masa peribadi terbaik 10.28 saat (s) dalam 100m pada Jun lepas, sebelum merakam catatan peribadi terbaik bagi 200m dengan masa 20.89s sebulan kemudian.
Beliau yang menyedari bakal berhadapan atlet berkelas dunia di sana berkata perkara itu tidak akan melunturkan semangatnya, serta menjadi penghalang kepada fokusnya bagi memperbaharui catatan masa peribadi terbaik.
"Dengan adanya atlet lebih laju di luar sana mungkin sedikit sebanyak dapat bantu saya berlari lebih baik di sana, dan sasaran saya cuma nak memecahkan rekod peribadi dan kalau ada rezeki itu ia akan menjadi rekod kebangsaan kita, insya-Allah," katanya yang hanya mahu menikmati lariannya di kejohanan itu.
Rekod kebangsaan acara 100m dipegang pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dicipta pada 2016, sementara rekod 200m dengan catatan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dilakukan pada 2019.
Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun turut mampu menjadi medan bagi Muhammad Azeem mengubati kekecewaan di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas, selepas penyertaannya dalam 100m dibatalkan susulan 'false start'.
Selain Muhammad Azeem, tiga lagi atlet remaja negara yang berpeluang memperagakan kehebatan di pentas dunia di Cali adalah atlet 110m lari berpagar lelaki Elvin Yap, Jonah Chang (lontar peluru lelaki) dan Muhammad Shah Sholihin dalam acara lompat kijang lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Muhammad Azeem berkata kejohanan berprestij itu adalah peluang terbaik beliau mencipta nama tersendiri dan membuktikan kepada dunia siapa dirinya sebenar. - Foto fail/BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Azeem belum berdesup habis...
KOM bangga dengan prestasi Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan di Amerika Syarikat.

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.

Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.

Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.

Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.

Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.

Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.