Penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Md Fauzi menolak spekulasi bahawa beliau bakal berhijrah ke pasukan Selangor pada musim depan.
Pemain berusia 23 tahun yang kini beraksi dengan kelab Nakhon Ratchasima di Thailand secara pinjaman, berkata komennya di media sosial itu sekadar gurauan dengan bekas rakan sepasukan dalam skuad Harimau Muda B.
"Saya cuma bergurau dengan rakan sepasukan lama saya dalam Harimau Muda B, bukan betul pun," katanya ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sejurus tiba di tanah air selepas mengharungi dua aksi persahabatan bersama skuad Harimau Malaya menentang Taiwan dan Kemboja.
Sebelum ini, komen Shahrel kepada rakannya bernama @ashmawi3 di Instagram menjadi tular.
Beliau membalas: "biasa je wi, Selangor 2019," apabila rakannya itu membuat komen "terbaik eky."
Shahrel muncul wira apabila membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe meraih kemenangan 3-1 ke atas Kemboja Isnin malam, apabila mencipta dua peluang untuk skuad negara menjaringkan gol menerusi Shahrul Saad dan Syazwan Andik Ishak sebelum meledak gol antarabangsa pertamanya pada masa kecederaan.
Pemain PKNP FC itu menyertai kelab Nakhon Ratchasima secara pinjaman dari Jun lepas sehingga Disember ini.
Mengulas mengenai kemenangan ke atas Kemboja yang mendapat suntikan semangat baharu di bawah kendalian bintang Jepun Keisuke Honda, Shahrel berkata kemenangan itu begitu lama dinanti-nantikan semua pemain skuad Harimau Malaya, selepas kali terakhir mencatat kemenangan di tempat lawan ke atas New Caledonia 2-1 pada 22 Jun 2016.
"Saya harus berterima kasih kepada jurulatih Cheng Hoe kerana beri peluang beraksi pada pertandingan kompetitif. Saya gembira dengan sumbangan itu. Untuk saingan Piala AFF nanti, terpulang kepada beliau untuk letak saya di bangku simpanan atau dalam kesebelasan utama, saya ikut sahaja," katanya.
Beliau juga yakin tidak akan mengalami masalah menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya pada Oktober ini, kerana aksi Liga 1 Thailand akan tamat sebelum itu.
Pada aksi Isnin malam di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, skuad Harimau Malaya ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Soeuy Visal sebelum bangkit mencatat kemenangan 3-1.
Kemenangan itu menjadi motivasi penting kepada skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-171 dunia, selepas kalah 0-2 kepada Taiwan dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada Jumaat lalu.
Dalam saingan Piala AFF bakal bermula November ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar manakala Kumpulan B dibarisi Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste.
Tiga lagi aksi persahabatan dijadual untuk skuad negara sebagai aksi pemanas badan sebelum Piala AFF, menentang Sri Lanka di Colombo pada 8 Nov, Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka (12 Okt) dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil (3 Nov).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 11 2018
Shahrel muncul wira apabila membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe meraih kemenangan 3-1 ke atas Kemboja Isnin malam. - Gambar fail
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.