Walaupun gagal mempertahankan gelaran juara perseorangan lelaki pada kejohanan All-England yang berlangsung Sabtu lalu, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tetap optimis untuk terus memburu kejayaan lain bagi menebus kekecewaan itu.
Pemain nombor satu dunia itu turut gagal mencipta kemenangan hatrik selepas memegang gelaran juara pada edisi 2011 dan 2010 apabila tewas kepada pemain muda dari China, Cheng Long dengan mata 17-21 dan 18-21 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena, England.
Chong Wei mengakui beliau sangat kecewa dengan kegagalan itu walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menundukkan pemain China berusia 24 tahun itu.
"Hari itu milik Cheng Long, bukan hari saya. Beliau turun ke gelanggang dengan keyakinan yang luar biasa.
"Saya mengakui mutu permainan beliau (Cheng Long) lebih baik berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini setelah menyertai kejohanan berprestij itu.
Selain itu, Chong Wei mengesahkan tidak akan beraksi dalam saingan Axiata Cup 2013 di Jakarta, Indonesia bulan depan kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi beberapa kejohanan lain.
"Saya akan rehat dua atau tiga hari ini sebelum memulakan latihan bagi persiapan menghadapi Australian Badminton Open di Sydney pada awal April sebelum beraksi di Kejohanan Indonesia Open pada September," jelasnya.
Sementara itu, beliau mencadangkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) segera mengkaji kelemahan skuad badminton negara pada kejohanan All-England 2013 dan segera membetulkannya.
Chong Wei berkata beliau juga akan melakukan perbincangan dengan jurulatihnya Tey Seu Bock bagi mengenal pasti punca prestasi kurang memberangsangkan pasukan badminton negara.
Hanya Chong Wei menjadi wakil tunggal negara layak ke saingan akhir kejohanan itu manakala tiga lagi pemain perseorangan kebangsaan iaitu Tan Chun Seang, Liew Daren dan Chong Feng tewas kepada lawan masing-masing pada perlawanan pertama.
Bernama
Tue Mar 12 2013
Trump rancang pecat pasukan peguam penyiasat Jack Smith
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, dilaporkan merancang untuk memecat keseluruhan pasukan Peguam Khas Jack Smith.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2011 serta kes dokumen sulit.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2011 serta kes dokumen sulit.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Mangsa menurun 481 orang di enam negeri pagi ini
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat pensyarah didakwa hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Kritik kerajaan: PKR putuskan nasib Hassan Karim Hari Ini
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terbuka menerima sebarang tindakan termasuk risiko keahlian digantung dari Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diputuskan, pada Ahad.
Kes simbah asid: Kertas Siasatan kes Faisal Halim sudah dirujuk ke Peguam Negara
Kertas siasatan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC).
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Trump rancang pecat peguam penyiasat berkaitan rusuhan di Capitol, dokumen sulit
Trump turut bercadang memecat peguam kerajaan berpengalaman yang biasanya dilindungi daripada tindak balas politik.
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional
Legenda perseorangan badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan
Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata, namun Aaron dan Wooi Yik terperangkap dengan gerakan pasangan Indonesia.
Impian Goh-Shevon ke final All England musnah
Impian beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas final kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian.
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England
Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.
Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.