KUALA LUMPUR:Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lepas.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.
"Saya fikir sekiranya kita menunggu sehingga COVID-19 reda, ramai pemain industri bola sepak akan gulung tikar. Jadi kita mesti berfikir di luar kotak, bola sepak bukan sukan dimainkan suka-suka, bola sepak adalah sebuah industri," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Sathianathan, 62, berpendapat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan lebih komprehensif saingan Liga-M tidak mustahil berjalan dalam keadaan terkawal selain mampu membendung penularan wabak itu dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan.
Menurut beliau, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kerajaan boleh mengguna pakai pendekatan kebanyakan negara di Eropah yang membenarkan saingan liga berjalan dengan pematuhan SOP ketat.
SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 2 KUALA LUMPUR
"Kita tidak boleh batalkan saingan liga, kita mesti menganggap bola sepak sebagai industri dan kemukakan SOP terbaik bagi memastikan perjalanan liga boleh diteruskan. Kita juga boleh melihat dan mengaplikasikan cara liga-liga di Eropah menguruskan perjalanan liga dalam tempoh mencabar ini.
"Dengan SOP itu, kita tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita mampu mengambil tanggungjawab ini dengan cekap seterusnya setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan segala SOP dipatuhi," katanya.
Beliau berkata saingan Liga-M sudah pasti menjadi elemen hiburan buat peminat bola sepak tempatan seterusnya mampu melepaskan lelah seharian dan mengatasi tekanan hidup yang mungkin dihadapi kesan daripada COVID-19.
Namun, beliau beranggapan sekiranya tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, sepak mula saingan Liga-M 2021 yang dijadual pada 28 Feb perlu diteliti semula memandangkan pasukan bakal menghadapi kesuntukan masa mempersiapkan pasukan.
"Jika minggu ini kerajaan membenarkan sesi latihan berpasukan diadakan, mungkin pada 28 Feb kita tidak menghadapi masalah untuk memulakan liga tetapi jika PKP dilanjutkan dan pasukan masih tidak dibenarkan berlatih, ia mustahil untuk bermula pada tarikh itu," katanya.
SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata persiapan paling ideal memerlukan sekurang-kurangnya tujuh minggu bagi mengurangkan risiko kecederaan meskipun kini pemain giat menjalani latihan secara dalam talian.
Impak COVID-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.
Namun, MFL pada Jumaat lepas mengesahkan saingan Liga-M 2021 tidak akan dibatalkan dengan badan pentadbir Liga-M itu kini sedang membincangkan serta mengkaji mekanisme pelaksanaan saingan itu dalam PKP.
MFL turut dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kalendar liga tempatan musim 2021 pada minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021
![Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597829687_LIGAM.jpg)
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejas semua pihak sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak. -Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
![Irfan Bakti dilantik ketua jurulatih Kelantan Red Warrior Irfan Bakti dilantik ketua jurulatih Kelantan Red Warrior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737066232_IrfanBakti.jpg)
Irfan Bakti dilantik ketua jurulatih Kelantan Red Warrior
Irfan Bakti dilantik berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap keperluan dan visi kelab Pantai Timur itu.
![Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713539472_TBKelantanUFC.jpg)
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
![Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722906_lesenjurulatih.jpg)
Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.
![Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024 Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699737986_TBPialaMFL.jpg)
Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.
![Liga-M 2024 bermula April Liga-M 2024 bermula April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676728188_TBStuartRamalingam.jpg)
Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
![Bersuara demi bola sepak negara - TMJ Bersuara demi bola sepak negara - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681010877_TBTMJjpg.jpg)
Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.
![Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676728188_TBStuartRamalingam.jpg)
Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.
![Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674724535_TBStuartRamalingam.jpg)
Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
![Siapa mampu tamatkan dominasi JDT? Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645888153_JDTbenamKLFC.jpg)
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.