KUALA LUMPUR: Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier daripada Negeri Sembilan FC selepas merakam kemenangan 3-2 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Pemain tengah, Christie Jayaseelan membuka tirai jaringan pada masa kecederaan babak pertama sebelum Kelantan United FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan, Stuart James Wilson Wark pada minit ke-58.
Giliran tuan rumah pula berada di depan muncul melalui jaringan pemain import, Alfusainey Gassama pada minit ke-68 namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Sarawak United FC bingkas menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang Norshahrul Idlan Talaha tiga minit kemudian.
Penyerang gantian, Abdul Rahim Abdul Razak muncul wira pelawat apabila menyambut masuk gol kemenangan Sarawak United FC pada minit ke-80 untuk membantu pasukannya mara ke persada liga dengan 23 mata manakala Kelantan United FC pula kekal di tangga keempat dengan kutipan 16 mata.
Aksi di selatan tanah air di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin menyaksikan Negeri Sembilan FC gagal memanfaatkan peluang untuk terus berada di puncak liga selepas diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah, Johor Darul Ta'zim II.
Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan FC turun ke tangga kedua liga dengan 22 mata manakala JDT II yang terus kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan pula memintas Kelantan United FC untuk berada di tangga keempat dengan 16 mata melalui perbezaan jaringan.
Sementara itu, malang terus menimpa skuad Projek FAM-MSN apabila dibelasah Terengganu FC II 6-1 di Stadium UiTM Shah Alam.
Pesta gol Terengganu FC II bermula pada minit ketiga menerusi jaringan penyerang Muhammad Muslimuddin 'Atiq Mat Zaid sebelum penyerang import, Jordan Mintah mencuri tumpuan apabila mencetak empat jaringan pada minit ke-7, 16, 48 dan 53.
Pemain gentian, Muhammad Isa Raman melengkapkan kemenangan bergaya skuad bimbingan Badrul Afzan Razali itu pada minit ke-89 manakala gol saguhati tuan rumah pula dijaringkan pada minit ke-51 oleh Muhaimin Izuddin Muhammad Asri.
Kekalahan kesembilan liga dicatat pasukan kendalian Yusri Che Lah itu menyaksikan mereka kekal terperosok di tangga terbawah liga dengan hanya dua mata manakala Terengganu FC II di tangga ketiga dengan 19 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Sarawak United FC mara ke persada liga dengan 23 mata.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.