Kapten Johor Darul Takzim, Safiq Rahim menepis tanggapan ada pemain yang menjadi anak emas dalam skuad Harimau Selatan itu.
Pada masa sama, tonggak senior kebangsaan ini menuntut lebih kerjasama daripada rakan sepasukan.
Kem Johor Darul Takzim sedikit tegang selepas pasukan itu kecundang satu-empat kepada Selangor dalam saingan Liga Super pada Sabtu lepas.
Ada laporan berlaku pertelingkahan di kalangan pemain yang menyalahkan beberapa rakan sepasukan berhubung aksi hambar pasukan.
Namun Safiq menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan ia hanya luahan kekecewaan berikutan kekalahan yang dialami.
Penafian sama turut dibuat ketua jurulatih, Fandi Ahmad menerusi sebuah akhbar tempatan pada Selasa.
Kekalahan itu adalah yang kedua buat pasukan Johor Darul Takzim ini dengan menyaksikan mereka kini berada di tangga keempat liga.
Safiq kini berada dalam kem latihan skuad senior kebangsaan sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
Astro Awani
Tue Mar 12 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang Selangor FC dilihat berganda selepas Faisal Halim 'direhatkan' dan didenda RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Romel Morales sertai JDT
Morales memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.

TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua.

Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat
Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat sempena meraikan kemenangan KL City pada piala akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur
Pada perlawanan malam tadi, Stadium Sultan Ibrahim menempatkan seramai 260 pihak berkuasa, termasuk marshall, bagi membantu proses berjalan lancar.

SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong
Dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, penonton mula masuk ke stadium seawal jam 6 petang.

Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.

PKPB: Anugerah hiburan bawah industri kreatif, dibenarkan berlangsung
Acara anugerah hiburan dijadualkan berlangsung pada Jumaat dibenarkan kerana tertakluk di bawah industri kreatif yang termasuk dalam senarai SOP yang boleh beroperasi ketika tempoh PKPB.

Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini?
Safawi Rasid sekali lagi bakal berdepan dengan bintang Brunei, Faiq Jefri Bolkiah untuk perlawanan Liga Primeira pada 10.30 malam Sabtu.

COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes pertama Kluster Bukit Tiram di luar negeri Johor, membabitkan seorang warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.