Setelah membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala FA, kapten pasukan Safiq Rahim menyasar untuk membantu skuad Harimau Selatan, layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Perancang tengah kebangsaan itu yang sudah memiliki hampir kesemua trofi dalam Liga Malaysia mengakui beraksi pada kejohanan bola sepak kelab utama Asia itu menjadi impiannya sebelum bersara, suatu hari nanti.
"Kejayaan menjulang Piala FA ini menambah koleksi kejuaraan saya dan saya berharap kejayaan ini tidak berhenti begitu...saya berharap pasukan ini (JDT) dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," kata Safiq pada sidang media selepas perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi.
JDT muncul juara Piala FA buat pertama kali setelah menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi final.
Penyerang import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra menjaringkan gol pembukaan untuk PKNS FC menerusi sepakan penalti pada minit keenam sebelum JDT bangkit menerusi sepakan penalti Safiq pada minit ke-16 dan gol padang Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-35.
Berkongsi pandangan sama ialah penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan yang bertekad membantu skuad Harimau Selatan mempertahankan Piala Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain memenangi Piala Malaysia buat pertama kali untuk pasukan berkenaan, musim ini.
Bagi tonggak tengah JDT, Hariss Harun, beliu berkeyakinan bahawa kejayaan ini akan memberi lebih perangsang untuk Harimau Selatan memperoleh lebih banyak kejayaan pada musim ini.
"Tentulah saya gembira dengan kemenangan ini dan saya percaya kami mempunyai potensi besar untuk merangkul lebih banyak trofi, tetapi perlu berhati-hati dalam setiap perlawanan," kata pemain dari Singapura itu.
Berbeza pula dengan nada yang disuarakan penjaga gol PKNS FC, G. Jeevanathan yang kecewa kerana gagal membantu skuad Semut Merah meraih Piala FA.
"Saya ingin memohon maaf kepada penyokong di atas kegagalan ini, namun saya berharap rakan sepasukan bangkit daripada kekalahan ini.
"Kecewa itu memang ada, lebih-lebih lagi saya merupakan benteng terakhir pasukan," jelas anak jati Johor itu.
Bernama
Sun May 15 2016
Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim (kiri) diasak pemain pasukan PKNS FC, Mohd Khairu Azrin pada separuh masa pertama perlawanan akhir Piala FA 2016 antara PKNS FC dengan JDT di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Gambar Bernama
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Diaz kembali, penyokong gembira
Rindu penyokong JDT terubat apabila JDT umum kembalinya Jorge Pereyra Diaz ke JDT.
Safiq tekad bantu JDT layak ke saingan liga juara-juara Asia
Setelah membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala FA, kapten pasukan Safiq Rahim menyasar untuk membantu skuad Harimau Selatan, layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).