Kapten pasukan tenis Fed Cup Rusia, Shamil Tarpishchev masih mengharapkan pemain ternama Rusia, Maria Sharapova dan Svetlana Kuznetsova akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir Fed Cup menentang Slovakia April ini
“Saya perlu meneliti jadual perlawanan mereka sebelum mengatur barisan yang akan diturunkan menentang Slovakia,” kata Tarpishchev kepada akhbar Sports Express .
“Sudah tentu kehadiran Sharapova akan menguatkan lagi pasukan kami namun kami juga tidak harus lupa mengenai kepentingan beliau juga. Kami akan mencuba sedaya upaya meminimumkan setiap kekalahan untuk kebaikan mereka yang mengejar tangga teratas pada ranking mereka,” .
Sepanjang kariernya, Sharapova hanya bermain sebanyak tiga kali sahaja dalam Fed Cup dan beraksi buat kali pertama pada 2008 demi memenuhi kriteria Sukan Olimpik.
Tarpishchev berkata Sharapova ada menyatakan keinginannya untuk bermain bersama Rusia pada kempen Fed Cup musim ini dan beliau begitu berminat untuk menyertakannya ke dalam skuad pada peringkat seterusnya dalam pertandingan ini.
“Sekiranya Masha (Sharapova) menyertai kejohanan tenis yang mudah kelak tanpa melibatkan pertandingan ternama di Amerika, kami akan memanggil beliau,” katanya.
Tarpishchev berkata beliau turut telah mendapat persetujuan dari pemain, Anastasia Pavlyuchenkova dan Vera Zvonareva yang telah memberi jaminan kedua-dua mereka dapat beraksi untuk Rusia musim ini dan menambah akan memanggil Kuznetsova ke dalam pasukan jika terdapat keperluan berbuat demikian.
“Ia begitu penting bagi Svetlana (Kuznetsova) untuk memperbaiki kedudukannya dalam ranking pada awal musim ini dan beliau telah meminta untuk melepaskannya dari beraksi menentang Jepun,” kata Tarpishchev.
“Beliau mahu berada dalam kelas elit dunia dan keinginannya itu perlu kami hormati."
AFP
Tue Feb 12 2013
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
Rusia tagih khidmat Sharapova, Kuznetsova untuk Fed Cup
Kapten pasukan tenis Fed Cup Rusia, Shamil Tarpishchev masih mengharapkan pemain ternama Rusia, Maria Sharapova dan Svetlana Kuznetsova akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir Fed Cup.