KUALA LUMPUR: Penyerang import Romel Morales akhirnya berjaya menemui sentuhan penyudah musim ini apabila meledak dua gol bagi membantu Kuala Lumpur (KL) City FC mengatasi Sabah FC 2-0, sekali gus mencalar rekod tiga perlawanan tanpa kalah pelawat dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini malam tadi.
Sabah FC nyaris berada di depan pada minit ke-14 namun rembatan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dinafikan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza sebelum Romel menceriakan penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk jaringan pertama liga musim ini, hasil daripada sepakan percuma Paolo Josue pada minit ke-36 dan kedudukan itu kekal sehingga babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang meningkatkan tempo permainan hampir menjaringkan gol penyamaan namun tandukan Baddrol sedikit tersasar di sebelah kiri gol lawan pada minit ke-54.
'Sang Badak' terus buntu merobek gawang skuad warga kota apabila Kevin bertindak cemerlang menggagalkan dua percubaan berbahaya berturut-turut, masing-masing oleh penyerang Jepun, Taiki Kagayama disusuli pemain gantian, Nazirul Naim Che Hashim, pada minit ke-67.
Bagaimanapun, Romel menjadi duri dalam daging buat pasukan kendalian bekas Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, apabila mudah menolak masuk jaringan keduanya dua minit sebelum perlawanan tamat, untuk membantu anak buah Bojan Hodak merakam kemenangan kedua liga selepas lima perlawanan musim ini.
Bernama
Sat Apr 16 2022

Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia malam tadi.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.

Dumitru, Morales pamer bisa awal bersama JDT
Dumitru dan Morales menemui sentuhan penyudah buat JDT ketika membantu kemenangan dalam satu perlawanan persahabatan malam tadi.

‘Satu penghormatan dapat wakili kelab hebat JDT’ - Morales
Pemain dari Villavicencio, Colombia itu berterima kasih atas keyakinan Harimau Selatan merekrut khidmatnya.

Lada benggala merah kuning 'hiasi' video pengenalan Morales di JDT
Kehadiran Morales ke JDT diumumkan menerusi satu video berdurasi 42 saat di laman Facebook milik pasukan Harimau Selatan itu.

Romel Morales sertai JDT
Morales memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.

Faisal Halim akui perebutan tempat kian sengit dengan kehadiran Romel Morales
Persaingan cukup sengit, tiada siapa ada jaminan untuk bermain sepenuh masa, tiada siapa ada jaminan untuk bermain dalam kesemua perlawanan.

Piala Malaysia: Morales beri kelebihan tipis buat KL City
Jaringan sepakan penalti dari Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu KL City FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC.

FAM tidak tahu proses naturalisasi Morales
FAM tidak pernah mengeluarkan surat sokongan memandangkan proses naturalisasi kini diuruskan oleh pasukan Liga Malaysia.

Liga Super: KL City ledak tiga gol benam PDRM
Bermain di laman sendiri memberi kelebihan buat The City Boys namun ancaman yang diberikan PDRM hampir menguji benteng akhir tuan rumah.

Romel tamat kemarau jaringan bantu KL City calar rekod Sabah
Penyerang import Romel Morales akhirnya berjaya menemui sentuhan penyudah musim ini apabila meledak dua gol bagi membantu Kuala Lumpur (KL) City FC mengatasi Sabah FC 2-0, sekali gus mencalar rekod ti