JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya menyambar penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales beraksi untuk juara 10 kali Liga Super itu musim depan.
Kehadiran Morales ke JDT itu diumumkan menerusi satu video berdurasi 42 saat di laman Facebook milik pasukan Harimau Selatan itu pada Rabu.
Para penyokong JDT teruja dengan kehadiran penyerang berusia 26 tahun itu, namun video pengenalan pemain itu turut menarik perhatian apabila dikatakan menyindir Selangor FC.
Video tersebut memaparkan seorang tukang masak menyediakan hidangan dua biji lada benggala berwarna merah kuning yang kemudiannya dihidangkan kepada Morales.
Namun, dia tidak menjamah hidangan tersebut sebaliknya membuang makanan itu ke dalam tong sampah sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Warna merah kuning sememangnya sinonim dengan Selangor FC, namun tidak dapat dipastikan adakah video tersebut merujuk kepada pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut di Facebook Johor Southern Tigers, ramai penyokong JDT menyifatkan ia sebagai kiasan dan sindiran pedas kepada Selangor.
Muhamad Zulhelmee Abdullah menulis pada ruangan komen tersebut sebagai kiasan cukup dalam selain mengucapkan selamat datang kepada Morales.
"Mantap... kiasan itu 'deep'. Welcome Romel Morales to home Champions," katanya.
Dekye Hanz pula menyifatkan ada pihak yang terasa dengan video tersebut.
"Lada benggala warna merah kuning pun ada yang panas," katanya.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah beberapa kali memuat naik status menyindir Selangor FC dengan yang terbaharu menyatakan bahawa pasukan itu hanya mara ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) atas hasil bantuan mata AFC MA Ranking yang diraih skuad Harimau Selatan itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 21 2024

JDT berjaya menyambar penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales beraksi untuk juara 10 kali Liga Super itu musim depan. - Foto Sinar Harian

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.

Dumitru, Morales pamer bisa awal bersama JDT
Dumitru dan Morales menemui sentuhan penyudah buat JDT ketika membantu kemenangan dalam satu perlawanan persahabatan malam tadi.

‘Satu penghormatan dapat wakili kelab hebat JDT’ - Morales
Pemain dari Villavicencio, Colombia itu berterima kasih atas keyakinan Harimau Selatan merekrut khidmatnya.

Lada benggala merah kuning 'hiasi' video pengenalan Morales di JDT
Kehadiran Morales ke JDT diumumkan menerusi satu video berdurasi 42 saat di laman Facebook milik pasukan Harimau Selatan itu.

Romel Morales sertai JDT
Morales memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.

Faisal Halim akui perebutan tempat kian sengit dengan kehadiran Romel Morales
Persaingan cukup sengit, tiada siapa ada jaminan untuk bermain sepenuh masa, tiada siapa ada jaminan untuk bermain dalam kesemua perlawanan.

Piala Malaysia: Morales beri kelebihan tipis buat KL City
Jaringan sepakan penalti dari Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu KL City FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC.

FAM tidak tahu proses naturalisasi Morales
FAM tidak pernah mengeluarkan surat sokongan memandangkan proses naturalisasi kini diuruskan oleh pasukan Liga Malaysia.

Liga Super: KL City ledak tiga gol benam PDRM
Bermain di laman sendiri memberi kelebihan buat The City Boys namun ancaman yang diberikan PDRM hampir menguji benteng akhir tuan rumah.

Romel tamat kemarau jaringan bantu KL City calar rekod Sabah
Penyerang import Romel Morales akhirnya berjaya menemui sentuhan penyudah musim ini apabila meledak dua gol bagi membantu Kuala Lumpur (KL) City FC mengatasi Sabah FC 2-0, sekali gus mencalar rekod ti