Tajuk-tajuk akhbar utama hari ini memberi tumpuan kepada peluang pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menentang Chen Long dari China dalam aksi memburu pingat emas sulung negara malam ini.
Selain pujian untuk aksi perak dari pasangan lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan kejayaan Chong Wei menundukkan seteru badmintonnya, Lin Dan, suntingan tajuk akhbar-akhbar utama tidak jauh beza antara satu sama lain.
Rata-rata menulis mengenai Chong Wei sebagai harapan negara bagi meraih emas pertama di sukan Olimpik.
Antara yang menjadi perhatian ialah akhbar Sinar Harian yang memainkan tajuk ‘Emas Di Hati Kita’ sebagai semangat untuk perlawanan Chong Wei malam ini.
Manakala, akhbar Berita Harian memainkan tajuk “Dendam Berbalas” bagi meraikan kejayaan Chong Wei menundukkan seteru tradisinya, Lin Dan.
Memetik laporan akhbar itu, Chong Wei dikatakan enggan dibuai kemenangannya ke atas Lin Dan.
"Tugas saya belum selesai. Memang saya gembira menewaskan Lin Dan tapi saya mahu menggandakannya dengan memenangi pingat emas esok (Sabtu)," katanya.
Semangat turut ditunjukkan pada tajuk lembaran belakang ‘Kosmo’ hari ini dengan paparan ‘Misi Emas Di Bahu Chong Wei’.
Tidak jauh berbeza dengan tajuk depan akhbar Harian Metro iaitu ‘Hanya Padamu’ yang menulis perkara sama mengenai peluang terakhir negara mendapatkan emas melalui pemain ranking no.1 dunia itu.
Dalam laporan itu, Chong Wei turut mengimbas laluan perit dan berliku yang diredahnya sebelum ke final malam ini.
"Saya amat gembira dan mungkin tidak sangka kerana bila difikirkan balik sembilan bulan digantung hingga April kerana doping, saya boleh bangkit semula dan tampil pada temasya kali ini," kata Chong Wei.
Paling menarik, akhbar Utusan Malaysia, menulis tajuk besar ‘Membanggakan’ dalam menzahirkan kata-kata tahniah buat Goh V Shem- Tan Wee Kiong yang membawa pingat perak kepada Malaysia pada Jumaat.
Ia turut memaparkan tajuk 'Chong Wei ke final, kalahkan Lin Dan' dan petikan kata-kata Chong Wei;
"Kini saya tidak bimbang siapa lawan saya pada perlawanan akhir kerana saya fokus."
Sementara itu, dua akhbar Bahasa Inggeris iaitu Malay Mail dan The Star meletakkan tajuk besar ‘Precious Moment’ dan ‘Heart Stopping Stuff’ bagi menggambarkan perlawanan pada Jumaat, iaitu kemenangan Chong Wei mengalahkan Lin Dan dan debaran Goh V Shem- Tan Wee Kiong menentang Fu Haifeng-Zhang Nan dari China.
Lapor akhbar The Star, Chong Wei ketika ditanya wartawan berkata, dia telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan jurulatihnya, Hendrawan.
"Saya berbincang hati ke hati lebih 30 minit dengannya (Hendrawan) sebelum perlawanan dengan Lin Dan, bertanyakan pengalamannya (menang pingat olimpik), kemudian baru saya tidur," dedah Chong Wei kepada wartawan.
VIDEO: Lee Chong Wei mara ke final
VIDEO: Putrajaya bergegar bagai stadium Olimpik
VIDEO: Perdana Menteri rai detik kemenangan Chong Wei
Perlawanan akhir perseorangan lelaki Chong Wei menentang Chen Long akan berlangsung 8.20 malam ini. Ayuh Chong Wei!
Azyyati Ahmad
Sat Aug 20 2016
Tajuk-tajuk akhbar utama nasional hari ini memberi tumpuan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menentang Chen Long dari China malam ini.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Tokyo 2020: Viktor Axelsen bukti keunggulan gondol emas nafi juara bertahan
Viktor Axelsen mengetepikan juara bertahan, Chen Long, untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan 21-15, 21-12, malam ini.
Tokyo 2020: Zii Jia mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
Tokyo 2020: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas ditewaskan pemain dari China, Chen Long dalam Pusingan 16 terbaik sebentar tadi.
Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air esok.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.
Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas menewaskan Chen Long di final Terbuka Malaysia.
China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10
China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.
BAM sedia bayar denda kepada BWF
Sebelum ini badan induk sukan itu telah menulis surat kepada BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu itu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.