Michael Phelps dan Katie Ledecky terus memperbesarkan reputasi masing-masing di temasya Rio 2016, dengan legenda Amerika Syarikat itu meningkatkan perolehan peribadinya kepada 21 pingat emas keseluruhan.
Sudahpun bergelar Olimpian paling berjaya dalam sejarah, Phelps unggul dalam acara 200m kuak kupu-kupu lelaki untuk emasnya yang ke-20.
Chad Le Clos telah pun mengalahkan Phelps dalam acara yang sama empat tahun lalu, tetapi untuk persaingan kali ini, jaguh dari Afrika Selatan itu tidak pun berada dalam senarai pemenang pingat sesudah dipintas Masato Sakai dan Tamas Kenderesi untuk pingat perak dan gangsa.
Namun, Phelps belum selesai lagi apabila dia kembali untuk membantu kuartet Amerika Syarikat meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam 4x200m gaya bebas bersama Ryan Lochte, Conor Dwyer dan Townley Haas.
Perenang belasan tahun sensasi, Ledecky, pula mengekang cabaran sengit pesaing dari Sweden, Sarah Sjostrom, untuk menambah pingat emas 200m gaya bebas kepada kejayaan terdahulunya dalam 400m gaya bebas.
Perenang Amerika itu hampir pasti menamatkan minggu ini dengan pingat emas ketiganya dalam acara 800m gaya bebas, dengan mengambil kira dominasinya dalam gaya itu sejauh ini.
Seorang lagi pemenang emas di kolam renang pada Selasa ialah Katinka Hosszu, yang memperbaharui catatan Olimpik dalam acara 200m rampaian individu wanita, mengatasi Siobhan-Marie O'Connor dengan kelebihan tiga persepuluh saat.
Hosszu kini telah meraih tiga pingat emas di Rio, semuanya pada jarak berbeza, sesudah mengungguli 100m kuak lentang dan 400m rampaian individu.
Astro Arena
Wed Aug 10 2016
Phelps hampir pasti menamatkan minggu ini dengan pingat emas ketiganya dalam acara 800m gaya bebas, dengan mengambil kira dominasinya dalam gaya itu sejauh ini. - Foto AFP
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Rio 2016: Phelps pertahan emas acara yang sama buat kali keempat
Bintang sensasi Amerika Syarikat itu yang bertarung dengan rakan senegaranya Lochte, menamatkan perlumbaan dengan perbezaan dua saat sahaja.
Rio 2016: Legenda Phelps terus membesar
Jaguh renang Amerika Syarikat itu meningkatkan perolehan peribadinya kepada 21 pingat emas keseluruhan, dan mungkin bertambah satu lagi dalam acara minggu ini.
Michael Phelps layak ke Olimpik buat kali kelima
Pemegang rekod 22 pingat emas di pentas Olimpik itu menjadi atlet Amerika Syarikat pertama yang akan tampil dalam lima edisi sukan Olimpik.