KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023 di Hangzhou, China.
Beliau berkata beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sepatutnya menang permainan pembukaan yang mungkin boleh membuka peluang mereka untuk melangkah ke separuh akhir.
Mengulas prestasi Aaron-Wooi Yik, Rexy berkata beliau kurang berpuas hati dengan corak permainan juara dunia 2022 itu yang dilihat perlahan dan terlalu bertahan tanpa serangan berbisa.
"Saya lihat Aaron-Wooi Yik bermain perlahan, permainan terlalu defensif, tiada perubahan smash yang menyengat, jadi semua itu tidak kena bagi saya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di sini hari ini.
Aaron-Wooi Yik mengakhiri kempen keempat mereka dalam kejohanan berkenaan di tempat tercorot Kumpulan A selepas tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan.
Mereka tumpas kepada pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 16-21, 14-21 pada Selasa, diikuti tewas kali kedua kepada wakil tuan rumah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 21-19, 18-21, 20-22 dan menutup aksi mereka tanpa sebarang kemenangan selepas tunduk kepada satu lagi pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-18, 14-21, 12-21 semalam.
Mengenai persembahan Tang Jie-Ee Wei, pakar beregu dari Indonesia itu tanpa berselindung menyifatkan permainan pasangan beregu campuran itu sangat teruk dan seolah-olah hilang idea ketika tumpas kepada pasangan keempat dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 10-21, 13-21, pada aksi pembukaan Kumpulan A.
"Ee Wei ada pemikiran sendiri, Tang Jie ada pemikiran sendiri, jadi mereka main bukan sebagai pasangan beregu, tetapi ini saya kritik mengenai perlawanan pertama mereka.
"Kalau perlawanan kedua dan ketiga, persembahan sangat baik kecuali semalam sayang sekali mereka tidak dapat mencuri peluang kerana pada set ketiga itu paling nampak Ee Wei tiada stamina, dan Tang Jie bingung nak main apa," katanya.
Selepas dikecewakan pada perlawanan pertama, Tang Jie-Ee Wei berjaya menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas mengejutkan pasangan utama dari Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino, 12-21, 21-16, 21-16, namun gagal mengekalkan momentum apabila tumbang di tangan wakil Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-18, 18-21, 14-21.
Keputusan perlawanan tersebut meletakkan Tang Jie-Ee Wei pada kedudukan paling bawah Kumpulan A, sementara wakil Thailand di tangga ketiga di belakang Watanabe-Higashino.
Pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping menduduki tangga teratas dengan tiga mata selepas merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut, kali ini dengan menewaskan Watanabe-Higashino, 21-16, 19-21, 21-17.
Walaupun ketiga-tiga beregu itu berkongsi satu mata tetapi Watanabe-Higashino layak ke separuh akhir bersama beregu China itu kerana mempunyai perbezaan perlawanan yang lebih baik dalam peringkat kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Rexy berkata Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sepatutnya menang permainan pembukaan yang mungkin boleh membuka peluang mereka untuk melangkah ke separuh akhir. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber
Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.