REAL MADRID 2 REAL BETIS 1
Carlo Ancelotti menyifatkan Rodrygo sebagai istimewa selepas sentuhan pemusnah penyerang itu memastikan kemenangan 2-1 LaLiga ke atas Real Betis ketika Real Madrid kembali ke Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Vinícius Junior menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan pertama Madrid di laman sendiri sejak gelanggang keramat mereka itu diubai-suai selama 106 hari, tetapi Sergio Canales memadamkan defisit gol itu dalam separuh masa pertama.
Rodrygo kemudian mengesahkan kemenangan keempat LaLiga buat juara bertahan itu sementara Betis menempa kekalahan pertama.
Senario itu mengundang pujian pengurus Madrid, Ancelotti, terhadap penyerang Brazil tersebut berikutan jaringan pemisahnya pada minit ke-65.
Dia berkata: "Dia seorang penyerang yang istimewa, dia mampu bermain di semua posisi. Dia pantas, bijak dan berkesan ketika menghadapi satu lawan satu. Pembelajarannya sudah tamat. Dia kini adalah pemain Real Madrid."
Ancelotti menyamai pencapaian Vicente del Bosque untuk menduduki di tempat ketiga dalam senarai ketua jurulatih Los Blancos yang merekodkan kemenangan terbanyak, iaitu sebanyak 133 kali untuk berada di belakang Miguel Munoz (357) dan Zinedine Zidane (172).
Dengan Madrid berada di puncak, Ancelotti gembira dengan pendekatan mereka untuk memulakan misi mempertahankan gelaran.
Dia berkata: "Kami telah memulakan musim dengan baik. Ini adalah perlawanan yang sukar. Kami menguasai bola dengan baik. Kami kekurangan daripada segi hantaran terakhir tetapi kami menjana banyak peluang. Perlawanan ini bukan mudah memandangkan Betis menyajikan satu permainan yang sangat baik."
Ancelotti menambah: "Matlamatnya adalah untuk bermain bola sepak yang berkesan, yang membolehkan kami memungut mata seterusnya memenangi perlawanan. Dengan kualiti yang kami ada, kami mampu mempamerkan permainan yang bagus. Dinamik pasukan ini baik. Skuad ini amat yakin dengan prestasi kualitinya."
Walaupun memiliki rekod kemenangan 100 peratus, Madrid bolos kesemua perlawanan LaLiga setakat ini, jadi pengendali dari Itali itu menyeru barisannya agar mengukuhkan benteng mereka.
Dia berkata: "Ia harus diambil kira. Gol yang dibolosi adalah kesilapan yang agak serius. Kami terperangkap, tidak sedar hantaran ke belakang dalam situasi lontaran ke dalam. Kami perlu memperbaiki situasi ini."
Astro Arena
Sun Sep 04 2022

Rodrygo (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya bersama Federico Valverdec, ketika perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Betis di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 3 Sept 2022. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.

Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.

Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.

Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid
Real membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Mbappe melakukan hantaran satu-dua yang kemas dengan Jude Bellingham.

Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

Copa del Rey: Ancelotti sambut positif cemuhan penyokong Real Madrid
Ancelotti memahami perasaan peminat kelab yang mengejek barisannya dalam kemenangan 5-2 pusingan 16 Copa del Rey ke atas Celta Vigo pagi tadi.

Supercopa de Espana: Ancelotti tempelak Real Madrid khianati taktikalnya
Barisannya ditumbangkan dengan mudah dalam pertemuan itu sungguhpun Mbappe terlebih dahulu meletakkan mereka di depan pada minit kelima.

Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.