Real Madrid mara ke peringkat suku akhir Copa del Rey selepas berjaya membenam Celta Vigo empat gol tanpa balas di Santiago Bernabeu. Kemenangan besar itu bermakna Real layak dengan agregat 5-2./

Bintang sensasi Real, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira pasukan apabila berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.

Dua gol awal daripada Ronaldo pada minit ketiga dan ke-24 membolehkan Real mendahului dua kosong pada separuh masa pertama.

Ronaldo kemudiannya menambahkan koleksi golnya pada minit ke-87 sebelum gol keempat Sami Kheidira dua minit kemudiannya memastikan kelayakan Real ke peringkat suku akhir terjamin.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dicemari apabila pemain Real, Sergio Ramos dilayangkan kad merah pada minit ke-73 selepas mengasari Augusto Fernandez. Keputusan 4 kosong kekal hingga ke wisel penamat.