Rali Kereta Asean-India yang bermula dari Yogyakarta, Indonesia pada 26 Nov, dengan upacara pelepasan rasmi di Singapura, diberikan sambutan rasmi oleh pemimpin-pemimpin India dan Asean di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara pemimpin yang hadir pada majlis itu yang berlangsung di depan bangunan Vigyan Bhawan, di Jalan Maulanan Azad di New Delhi.
Rali itu disertai 31 kereta dan 116 peserta dari 11 negara yang merentasi lapan daripada 10 negara Asean, meliputi jarak 8,000km sebelum mengakhiri perjalanan di New Delhi, India.
Mereka tiba di Guwahati, Assam pada Isnin, destinasi terakhir rali itu selepas perjalanan selama 22 hari.
Najib dalam ucapannya pada sesi pleno Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India 2012 pada Khamis berkata rali itu adalah contoh baik dalam usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan rakyat.
Beliau percaya dalam waktu terdekat cara seumpama itu tidak lagi sesuatu yang luar biasa tetapi akan menjadi satu kebiasaan antara rakyat negara Asean dan India.
Sidang kemuncak itu yang diadakan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-20 Hubungan Dailog Asean-India berakhir pada Jumaat dengan upacara sambutan rasmi peserta rali itu dan majlis makan tengah hari perpisahan yang dihoskan oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh.
Dalam Pernyataan Visi yang diterima pakai pada sidang kemuncak itu pada Khamis, Asean dan India komited untuk membantu dalam menyiapkan projek lebuh raya merentasi tiga negara iaitu India-Myanmar-Thailand dan disambung ke Laos dan Kemboja dan projek lebuh raya baharu menghubungkan India-Myanmar-Laos-Vietnam-Kemboja.
Bernama
Sat Dec 22 2012
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.
Delhi kenakan perintah berkurung bendung COVID-19
Delhi akan melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu bagi membendung penularan COVID-19, kata kerajaan negeri pada Selasa.
COVID-19: India catat 62,480 kes baharu, 1,587 kematian dalam tempoh 24 jam
Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 29,762,793 pada Jumaat, dengan tambahan 62,480 kes baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lelaki lepas tembakan ke arah penunjuk perasaan, siar aksi secara langsung di Facebook
Dia melaungkan slogan terhadap kumpulan penunjuk perasaan, termasuk wanita berhijab, sebelum melepaskan tembakan.
Dalai Lama dimasukkan dalam hospital di India
Pemimpin berusia 83 tahun itu dilaporkan mengidap jangkitan dada dan harus menjalani rawatan untuk beberapa hari lagi.
Lelaki cemburu hayun kipas siling ke arah anak buah, tanam mayat di balkoni
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh anak buahnya sendiri selepas mensyaki mengsa mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya.
Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas
Situasi pencemaran itu tidak akan berubah dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari lagi susulan keadaan suhu udara sejuk.
Isu operasi: Penumpang MAS ke New Delhi terkandas lebih lima jam
Pesawat MAS menuju ke New Delhi yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur petang tadi tertangguh selama lebih lima jam kerana terdapat isu operasi yang berlaku kepada pesawat itu.
Biadab! Bayi 8 bulan ini dirogol sepupu sendiri
Hari ini kita dikejutkan dengan kes rogol seorang bayi perempuan 8 bulan dirogol oleh sepupu lelakinya di Delhi, India.