Biadab dan keji!
Tidak cukup dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur, hari ini kita dikejutkan pula dengan kes rogol seorang bayi perempuan lapan bulan oleh sepupu lelakinya di New Delhi, India.
Menurut laporan BBC, bayi perempuan itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.
Pihak polis memberitahu mereka telah menahan tertuduh yang berusia 28 tahun, seorang buruh.
Ketua Suruhanjaya Bahagian Wanita New Delhi, Swati Maliwal yang melawat bayi itu di hospital pada Isnin menyifatkan kecederaan bayi itu sebagai “mengerikan”.
Insiden itu terjadi pada Ahad tetapi telah tersebar luas selepas media tempatan membuat laporan.
Swati dalam satu muat naik di laman Twitter, menyatakan bayi malang itu terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.
“Tangisannya begitu menyayat hati dan boleh didengari di dalam unit rawatan intensif hospital itu. Dia mengalami kecederaan yang teruk pada organ dalamannya,” tambahnhya.
“Apa boleh buat? Bagaimana Delhi boleh tidur hari ini apabila bayi 8 bulan dirogol secara kejam di bandar ini? Adakah kita hari ini kita menjadi tidak sensitif atau kita mudah sahaja menerima ini adalah takdir kita?”
Swati juga membuat rayuan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk memperketatkan undang-undang dan menambah anggota polis bagi melindungi wanita di negara itu.
Pemantauan terhadap kes gangguan seksual telah meningkat di India sejak insiden rogol dan bunuh pelajar berusia 23 tahun dalam bas pada 2012 di New Delhi.
Jenayah itu telah menimbulkan protes dan desakan kepada kerajaan bagi memperkenalkan hukuman lebih berat kes rogol termasuk hukuman mati.
Agensi
Tue Jan 30 2018

Protes kemarahan terhadap kes rogol dan gangguan seksual di India. - Foto BBC
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.

Biadab! Bayi 8 bulan ini dirogol sepupu sendiri
Hari ini kita dikejutkan dengan kes rogol seorang bayi perempuan 8 bulan dirogol oleh sepupu lelakinya di Delhi, India.

Jiran tekup muka dengan kain sebelum rogol mangsa tengah tidur
Seorang lelaki berusia 54 tahun bertindak menutup muka wanita yang sedang tidur dengan kain sebelum bertindak merogol mangsa dalam kejadian rogol di Kampung Sungai Yu, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.