KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebulat suara bersetuju untuk meminda dua perlembagaan persatuan itu.
Antaranya ialah untuk mengadakan pengundian pemilihan pucuk kepimpinan secara sulit berbanding amalan undian secara mengangkat tangan, yang menerima kritikan sebelum ini.
Pemangku Presiden PSM Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata sebanyak 51 perwakilan (lima secara maya) mewakili 16 ahli gabungan hadir pada EGM pada Sabtu telah bersetuju dengan pindaan tersebut.
Hanya tiga ahli gabungan negeri - Selangor, Sarawak dan Putrajaya - serta Perlis yang telah digantung, tidak menghadiri EGM itu.
"Kita juga putuskan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha dan bendahari, calon boleh bertanding tanpa mengikut satu penggal. Dulu mesti kena pegang jawatan sepenggal di peringkat negeri, sebelum bertanding di peringkat persekutuan, tapi dah dipinda.
"Pemilihan PSM akan diadakan sebelum Jun depan. Saya rasa ia kena diadakan secepat mungkin (bagi memilih pucuk kepimpinan baharu dan menyelesaikan kemelut dihadapi)," katanya selepas mesyuarat itu di sebuah hotel di sini.
Akramuddin berkata pihaknya juga telah menghantar surat jemputan untuk tiga ahli gabungan negeri tersebut, tetapi mereka tidak menghadiri EGM berkenaan.
Beliau berkata sekiranya tiga negeri tersebut mahu menyertai kembali PSM, mereka hanya perlu menghantar surat permohonan kepada kepimpinan baharu PSM yang akan dipilih nanti.
Akramuddin juga yakin kemelut PSM bersama Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Presidennya Datuk Abdul Halim Kadir dapat diselesaikan selepas pemilihan pucuk kepimpinan baharu, supaya PSM kembali diterima sebagai ahli gabungan ASTAF.
Bagi penganjuran Liga Sepak Takraw (STL), beliau berkata ia akan dianjurkan pada akhir Disember atau paling lewat pada awal tahun depan, dengan kehadiran penonton ke stadium.
Kemelut PSM bermula pada Mei apabila ASTAF menyingkirkan persatuan itu manakala Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail diberikan hukuman penggantungan selama 15 tahun susulan tindakannya menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF.
Keputusan itu menyaksikan 11 ahli gabungan, yang dikenali sebagai G11, mengumumkan keluar daripada PSM, namun majoriti kembali menyertai PSM, manakala empat ahli gabungan dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebulat suara bersetuju untuk meminda dua perlembagaan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PSM terima tawaran ASTAF
Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersetuju menerima tawaran ASTAF untuk bergelar tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.

21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.

PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.

PSM akur ketetapan sistem kiraan 15 mata
Persatuan Sepaktakraw Malaysia akur dengan keputusan ISTAF berhubung penggunaan sistem kiraan 15 mata di semua kejohanan dan pertandingan.

Kemelut PSM temui sinar, Muthu kekal terajui POS
Kebanyakan persatuan negeri sudah kembali semula dan sedang menanti tarikh untuk mengadakan AGM bagi memilih exco baru.

PSM setuju pinda perlembagaan, tiada lagi undi angkat tangan
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebulat suara bersetuju untuk meminda dua perlembagaan.

Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.

Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.