PUTRAJAYA: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah disarankan supaya tiada sesi ujian padang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum aksi final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan pada Selasa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata saranan itu, diberikan oleh pihak kontraktor yang membuat kerja-kerja penukaran padang, susulan insiden rumput tercabut dan tompok di beberapa bahagian, ketika aksi Malaysia menewaskan India 4-2, malam tadi.
Berikutan itu, beliau berkata PSM sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perkara berkenaan, dan buat masa ini tiada perancangan untuk menukar stadium bagi aksi final itu.
Mohd Faidz berkata bagi memastikan rumput baharu jenis Zeon Zoysia itu matang sepenuhnya, tiada acara akan diadakan sehingga pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 16 Nov, diikuti konsert Coldplay pada 22 Nov.
"Kami ambil maklum apa yang berlaku semalam, pasukan kita masuk padang untuk melihat apa yang perlu selepas aksi berkenaan. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan, kami ada sehingga Selasa untuk memastikan padang itu boleh dimainkan.
"Kita mempunyai rumput yang mencukupi di nurseri, iaitu 9,000 meter persegi, lebih daripada keperluan 8,000 meter persegi di stadium. Jadi kita akan buat yang terbaik demi skuad Harimau Malaya," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Mohd Faidz berkata sebelum aksi semalam, pihak FAM dan Komisioner Perlawanan juga telah membuat penilaian terhadap kualiti padang itu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata insiden itu merupakan masalah teknikal yang memerlukan nasihat pakar, sebelum pihaknya boleh mengambil apa-apa keputusan.
"PSM hanya menyediakan stadium, sama ada main atau tidak bergantung kepada skuad Harimau Malaya dan FAM," katanya.
Stadium Nasional ditutup sejak Mac untuk penanaman rumput baharu kurniaan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan proses menaik taraf berkaitan padang, struktur dan tapak semaian melibatkan kos hampir RM4.8 juta.
Tunku Ismail menerusi laman X semalam, menjelaskan rumput berkenaan perlu diberi masa untuk akarnya tumbuh dengan kuat sebelum digunakan seperti padang di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023

Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula keadaan rumput pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menjelang konsert Ed Sheeran, ini keadaan permukaan padang SNBJ
Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi digunakan sebagai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di stadium terbabit, hari ini.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

PSM disaran tidak guna padang SNBJ hingga aksi final Pestabola Merdeka
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah disarankan supaya tiada sesi ujian padang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum aksi final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan.

Konsert Muse tak jejas proses penggantian rumput padang SNBJ
Setakat ini, rumput masih belum ditanam manakala permukaan padang SNBJ yang diseliputi pasir akan dilindungi dengan 'pitch cover' sepanjang konsert Muse.