KUALA LUMPUR: Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB) dan United States Sports Silat Association (USSSA), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengembangkan seni mempertahankan diri Melayu itu ke peringkat antarabangsa.
MoU ditandatangani Presiden PSGB Sheikh Shamsul Sheikh Salim dan Presiden USSSA Jacob Richter itu akan memberi tumpuan kepada program berkongsi pengetahuan serta pertukaran budaya dan pelajar, tanpa mengira perguruan silat.
"Kita juga sedang merancang untuk mengadakan 'boot camp' di sini tahun depan, jadi mereka (USSSA) akan hantar pelajar untuk menjalani latihan bersama 'anak-anak gayung' di sini selama dua minggu.
"Saya berharap dengan usaha ini seni silat gayung akan lebih berkembang," kata Sheikh Shamsul ketika ditemui Bernama pada Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Silat Seni Gayung PSGB di sini, pada Ahad.
Pada masa sama, Sheikh Shamsul turut berharap inisiatif itu menjadi titik mula kepada jalinan kerjasama bersama mana-mana persatuan atau badan dunia lain.
Dalam pada itu, PSGB turut menandatangani perjanjian bersama United States Gayong Federation (USGF), yang menyaksikan USGF menjadi ahli gabungan PSGB.
Sementara itu, Richter berkata kerjasama dengan PSGB merupakan satu detik penting dalam usaha USSSA memperkenalkan seni silat di Amerika Syarikat (AS).
"Pencak silat adalah nusantara, jadi ia satu rantau, dan cara kami boleh pertunjukkan di AS ialah dengan memasukkan kesemua perguruan atau semua keluarga, dan ia salah satu cara bagaimana boleh kami pertunjukkannya.
"Di Asia Tenggara kebanyakan orang tahu apa itu pencak silat, di barat ia masih belum popular lagi, tetapi berkembang pesat dan apabila orang melihatnya, mereka akan suka kepadanya. Ideanya ialah dua hala yang mungkin kami adakan festival di sini dan bawa rakyat Amerika alami seni gayung atau lain-lainnya," katanya.
Seni silat gayung diasaskan Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan sejak penubuhan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) pada 1963, silat itu telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Waris Mutlak Zuriat Mahaguru Siti Fadzilah Meor Rahman (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara PSGB diwakili Sheikh Shamsul dan USSSA diwakili Richter di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Thamaraj, atlet silat berbangsa India pertama negara raih juara dunia
Kemenangan Thamaraj menyaksikan dia menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, dalam pertarungan akhir kategori bebas putera.
'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.
SUKMA 2024: Sabah bolot empat emas di gelanggang silat
Pesilat Sabah mencipta sensasi selepas menyambar empat daripada 20 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri hari ini.
Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.
Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.
KPM sedia pertimbang peruntukan bangunkan, memperkasa sukan tempur di sekolah
Ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di sekolah.
Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaran Silat Premier Antarabangsa 2023
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi.