PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menasihati individu atau jemaah supaya membetulkan niat ketika mengunjungi Tanah Suci dengan niat semata-mata untuk beribadah.
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.
"Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjukan silat dan sebagainya, ia akan 'ganggu' kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. Ia dibimbangi menjejaskan nama baik negara.
"Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulkan niat masing-masing, kita tumpukan ibadah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Run 2024-Powered by Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.
Perbuatan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengatakan sebagai tidak wajar dan tidak beradab selain menjejaskan nama Malaysia.
Mohd Na'im bagaimanapun berkata beliau tidak melihat kejadian itu boleh menjejaskan jumlah kuota haji yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang jemaah.
Mengenai proses pemutihan bantuan zakat bulanan, Mohd Na'im berkata data MAIWP sedia ada akan diintegrasikan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu layak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024

Tangkap layar video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak bersilat di hadapan Masjid Nabawi. - Gambar fail

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.