BEKAS pelari pecut negara, Nazmizan Mohamad menyifatkan Projek Larian 100 meter (m) Bawah 10 Saat (Projek B10) di bawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercanggah dengan program yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) setakat ini.
Malah menurutnya, program itu juga merupakan platform membentuk lebih ramai lagi pelari pecut negara pada masa depan terutamanya yang mampu berlari di bawah tempoh 10 saat.
“Sebenarnya, memang tiada percanggahan bagi Projek B10 ini dengan apa yang MSN buat, sebab kita fokuskan untuk atlet berlari di bawah 10 saat.
“Kalau ikutkan, memang tidak ada lagi pelari di negara kita yang mampu berlari bawah 10 saat dan catatan terbaik setakat ini adalah 10.18 saat yang dicatatkan oleh pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.
“Cuma kali ini, kita akan lebih fokuskan kepada atlet-atlet di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan disebabkan Khairul Hafiz bukan penuntut di IPT, dia tidak ada dalam program kita buat masa ini,” katanya kepada Sukan Sinar.
Projek B10 di bawah kendalian KPT turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara keseluruhannya bertujuan melahirkan kelompok pelari pecut negara yang mampu mencatatkan masa di bawah 10 saat, dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mengulas lanjut Nazmizan berkata, buat masa ini pihak KPT memberikan fokus kepada acara 100 meter sebelum beralih kepada acara lain.
“Kalau ikutkan, projek ini memang kita fokus untuk 100 meter dahulu kerana biasanya atlet yang terlibat dengan 100 meter akan terlibat juga dengan 200 meter.
“Jadi projek ini boleh kata macam serampang dua mata di mana kita fokus dahulu kepada 100 meter dan kepada atlet-atlet dari IPT,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 07 2021
NAZMIZAN: Tiada percanggahan Projek B10 ini dengan apa yang MSN buat, sebab kita fokuskan untuk atlet berlari di bawah 10 saat. - Foto Instagram Nazmizan Mohamad
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Hannah percaya Azeem mampu bangkit tebus kekecewaan di Olimpik Paris
Hannah berkata tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berlari dalam acara 100m di Sukan Olimpik, dan Muhammad Azeem seharusnya berbangga dengan pencapaian itu.
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
Russel Alexander gagal ke final
Russel Alexander gagal ke final acara 200 m Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas mencatatkan masa yang lebih perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya pada saingan separuh akhir.
Sukan Asia: Muhammad Azeem, Shereen lepasi halangan pertama
Sasaran Muhammad Azeem adalah untuk memenangi peringkat saringan sekali gus mara ke peringkat seterusnya.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Muhammad Azeem harap dapat tiket 'wild card' ke Budapest
Berharap peluang beraksi Kejohanan Olahraga Dunia akan bantu mantapkan persediaannya menjelang Sukan Asia 2022.
NCAA mula gamit Azeem
Bagi melayakkan diri ke pentas lebih berprestij NCAA, Azeem perlu berada dalam kedudukan 14 teratas pada kejohanan regional NCAA.