HANGZHOU: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib gagal ke final acara 200 meter (m) Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas mencatatkan masa yang lebih perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya pada saingan separuh akhir, di sini, pada Ahad.
Dalam perlumbaan saringan pertama peringkat suku akhir di Stadium Olimpik Hangzhou, pemegang rekod kebangsaan 2019 dengan 20.77 saat (s) itu hanya mampu merakamkan masa 21.53s untuk menduduki tempat terakhir.
Aksi separuh akhir itu dimenangi pelari dari Arab Saudi, Mohamed Abdullah Abkar dengan masa terbaiknya musim ini iaitu 20.59s manakala tempat kedua dimiliki pelari Bahrain, Saeed Saad Aljhaldi (20.61s) dan tempat ketiga disandang Yang Chun-Han dari Taiwan dengan catatan 20.67s.
Hanya lapan perlari terpantas daripada 16 saringan peringkat separuh akhir layak ke final manakala keseluruhan Russel menduduki tempat ke-14.
Pelari terakhir yang layak ke final ialah pelari dari India, Amlan Borgohain dengan catatan masa 21.03s.
"Saya rasa hebat ketika sesi latihan sejak beberapa minggu lalu tetapi malangnya, malam ini, ia tidak berlaku seperti dijangkakan.
"Saya tahu jika saya berusaha dengan sebaik mungkin dapat layak ke peringkat akhir tetapi tidak berlaku seperti yang diidamkan. Layak ke separuh akhir merupakan satu sagu hati yang kecil,"kata pelari kelahiran Australia yang kini berpangkalan di United Kingdom kepada pemberita selepas perlumbaan itu.
Russel, yang layak ke saingan separuh akhir selepas mencatatkan masa 21.31s pada pusingan pertama, akan beraksi bersama-sama kuartet 4x100m, esok.
Sementara itu, dalam acara final lempar cakera wanita, pemegang rekod kebangsaan negara (52.77 meter (m)), Queenie Ting Kung Ni turut memperagakan aksi hambar.
Atlet berusia 25 tahun dari Sarawak, menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dari lapan peserta dengan balingan 49m.
Juara dunia 2022, Feng Bin dari China mencipta rekod baharu temasya untuk merangkul emas dengan catatan 67.93m manakala rakan senegara Jiang Zhichao meraih pingat perak dengan balingan 61.04m dan pingat gangsa menjadi milik atlet India, Seema Punia dengan catatan 58.62m.
Semalam, kem olahraga negara menyumbang dua pingat gangsa menerusi pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dalam acara 100m lelaki dan Shereen Samson Vallabouy (400m wanita).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Pemegang rekod kebangsaan 2019 dengan 20.77 s itu hanya mampu merakamkan masa 21.53s untuk menduduki tempat terakhir. - Gambar Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Ma Hussein tebus kecewa pada penampilan terakhir di Para SUKMA 2024
Jaguh powerlifting Kelantan Ma Hussein Mat Noh mahu menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan memburu pingat di Para SUKMA 2024.
PABM tidak puas hati pencapaian pelapis kebangsaan di SUKMA 2024
Sembilan rekod kebangsaan mungkin telah diperbaharui di pentas SUKMA 2024 yang berakhir semalam dan pencapaian ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat PABM.
SUKMA 2024: Andrew dominasi kolam renang dengan lima emas, tiga rekod kebangsaan
Atlet Selangor Andrew Goh mengakhiri aksi renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan cemerlang meraih lima pingat emas selain memperbaharui tiga rekod kebangsaan dan lima rekod temasya.
Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.
Olimpik Paris 2024: Hannah minta maaf, buruan emas diteruskan di Los Angeles
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana negara tidak berjaya membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik
Shereen memandang ke hadapan untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada Terbuka Kazakhstan selepas hanya mencatatkan masa 52.45 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.
Terbuka Malaysia: Andrew cipta rekod kebangsaan 100m kuak dada
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.
Zaidatul Husniah sukar digugat, pertahan gelaran Ratu Pecut All Comers
Atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli cemerlang memulakan musim 2024 apabila berjaya mempertahankan gelaran Ratu Pecut pada Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur All Comers, hari ini.
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.