KUANTAN: Pelari 400 meter wanita negara, Shereen Samson Vallabouy memandang ke hadapan untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada Terbuka Kazakhstan selepas hanya mencatatkan masa 52.45 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024 di Stadium Darul Makmur, di sini, pada Sabtu.
Shereen berkata, meskipun muncul juara dalam acara itu, dia tidak begitu berpuas hati dengan catatan masa direkodkan kerana ia jauh daripada apa yang disasarkan.
"Saya baru sahaja kembali ke sini dari Amerika Syarikat di mana saya sepatutnya ada cukup masa untuk mengembalikan kecergasan tetapi tidak sempat.
"Bagi melayakkan diri (ke Olimpik) saya harus mencatat 50.95 saat ke bawah, tetapi hari ini ia tidak langsung menghampiri catatan itu.
"Saya juga sudah cuba berlari lebih laju namun, momentum cabaran daripada atlet lain bagaikan tiada sehingga saya rasa seperti berlari seorang diri," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat acara berkenaan di sini pada Sabtu.
Pada acara larian 400 meter itu, kedudukan kedua diungguli Nurul Aliah Maisarah Nor (Johor) dengan catatan 57.18 saat manakala tempat ketiga diraih atlet Angkatan Tentera Malaysia Nurul Faizah Asma Mazlan (57.61 saat).
Bagi mempersiapkan diri ke Terbuka Kazakhstan di Almaty pada 23-24 Jun ini, atlet berusia 26 tahun yang berasal dari Perak itu berkata dia akan melakukan persiapan lebih rapi untuk mencapai sasaran ditetapkan.
"Segalanya berkait permainan mental iaitu bagaimana saya melaksanakan larian dengan baik dan fokus terhadap petandingan.
"Bagi saya, kejohanan di Kazakhstan amat penting kerana ia adalah peluang terakhir saya untuk melayakkan diri ke Olimpik di Paris nanti," katanya.
Shereen sebelum ini berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara larian 400 meter apabila mencatat 51.79 saat dengan menduduki tempat kedua di Music City Track Carnival, Tennessee, Amerika Syarikat.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024 yang membuka tirainya semalam bakal berlangsung selama tiga hari di Stadium Darul Makmur di sini dengan menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Australia dan Rusia. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Shereen berkata, meskipun muncul juara dalam acara itu, dia tidak begitu berpuas hati dengan catatan masa direkodkan kerana ia jauh daripada apa yang disasarkan. - Gambar fail/Bernama
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
Olahraga Dunia (WA), masih belum mengiktiraf rekod tersebut dalam kemas kini terbarunya.

Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.

Ma Hussein tebus kecewa pada penampilan terakhir di Para SUKMA 2024
Jaguh powerlifting Kelantan Ma Hussein Mat Noh mahu menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan memburu pingat di Para SUKMA 2024.

PABM tidak puas hati pencapaian pelapis kebangsaan di SUKMA 2024
Sembilan rekod kebangsaan mungkin telah diperbaharui di pentas SUKMA 2024 yang berakhir semalam dan pencapaian ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat PABM.

SUKMA 2024: Andrew dominasi kolam renang dengan lima emas, tiga rekod kebangsaan
Atlet Selangor Andrew Goh mengakhiri aksi renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan cemerlang meraih lima pingat emas selain memperbaharui tiga rekod kebangsaan dan lima rekod temasya.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Olimpik Paris 2024: Hannah minta maaf, buruan emas diteruskan di Los Angeles
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana negara tidak berjaya membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik
Shereen memandang ke hadapan untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada Terbuka Kazakhstan selepas hanya mencatatkan masa 52.45 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.

Terbuka Malaysia: Andrew cipta rekod kebangsaan 100m kuak dada
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.