Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap akan menghantar borang pencalonan bagi jawatan presiden MPM, sekiranya Pesuruhjaya Sukan (PJS) memutuskan dirinya masih boleh bersaing untuk jawatan itu.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keputusan mengenai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Ke-22 dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu.
"Saya akan ikut peraturan. Kalau dibuka semula (pencalonan presiden MPM), saya akan hantar borang. Kalau diteruskan dengan pencalonan yang lama (dan saya tidak layak kerana lambat menghantar borang), saya akan terima.
"Saya hendak perkara ini selesai dengan baik dan jangan kemelut ini dipanjangkan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidifitri beliau, isterinya, Nori Abdullah dan keluarganya di Kampung Gadong dekat sini hari ini.
MPM telah mengambil keputusan menangguhkan AGM Ke-22 yang sepatutnya berlangsung hari ini serentak dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu.
Ini selepas MPM membuat ketetapan supaya sebarang keputusan berkaitan AGM dan status pencalonan mereka yang ingin bertanding telah diserahkan sepenuhnya untuk dibuat badan yang mengawal selia semua persatuan sukan tersebut.
BACA: Megat Shahriman selar kredibiliti MPM
Khairy yang juga merupakan Anggota Parlimen Rembau berkata, sebaik saja keputusan berhubung tarikh AGM baharu dibuat, beliau berharap ia akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah termasuk berhubung isu tarikh tutup penghantaran borang pencalonan.
"Kali ini, perlu dinyatakan dengan jelas tarikh tutup untuk menghantar borang dan jangan ubah atau buka semula untuk elak masalah berulang.
"Saya tidak nampak di mana berlaku kontroversi sangat. Sebagai bekas menteri, saya tahu kalau sudah habis tempoh, kita tidak boleh lagi hantar borang," katanya.
"Ahli gabungan MPM juga tahu mengenai sumbangan dan rekod prestasi saya semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan," katanya.
Pencalonan Khairy sebelum ini dipertikaikan kerana beliau dikatakan hanya menghantar borang pencalonan selepas tamat tempoh yang sah bagi kerusi nombor satu MPM, apabila penyandangnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin tidak mahu mempertahankan jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019

Khairy Jamaluddin bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gadong, hari ini. --fotoBERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.