PRESIDEN baharu Sukan Olimpik Tokyo 2020 menekankan cita-cita beliau untuk mencipta kesan yang berpanjangan terhadap kesamarataan jantina di Jepun.
Seiko Hashimoto mula melapor diri kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi pada Rabu, selepas dilantik mengetuai Olimpik Tokyo dan meletak jawatan sebagai Menteri Olimpik pada 18 Feb.
Beliau menggantikan Yoshiro Mori, bekas Perdana Menteri Jepun (April 2000 hingga April 2001) yang terpaksa mengundur diri sebagai Presiden Jawatankuasa Penganjur setelah membuat komen seksis mengenai wanita.
Hashimoto berkata, mempromosikan kesamarataan jantina adalah keutamaan di samping langkah berjaga-jaga COVID-19 dan mewujudkan 'Model Tokyo' yang dapat digunakan pada masa depan untuk menangani isu sukan yang ditunda.
"Saya ingin melihat penyertaan wanita di Lembaga Eksekutif Tokyo 2020 meningkat menjadi 40 peratus, dan saya akan segera membuat cadangan itu kepada anggota lembaga," katanya di Tokyo pada Rabu.
"Lihat sahaja kepada indeks jurang jantina. Kita berada di kedudukan ke-121. Ini adalah status yang sangat menyedihkan.
"Sehubungan itu, kami telah melancarkan inisiatif baru bertujuan mempunyai bilangan wanita yang lebih besar dalam kedudukan eksekutif di bidang politik dan di semua bidang termasuk perniagaan dan lain-lain organisasi," tambahnya.
Hashimoto, yang merupakan seorang bekas atlet, mengakui kedudukan Jepun yang rendah dalam indeks kesamarataan jantina Forum Ekonomi Dunia dan menekankan perlunya peningkatan penyertaan wanita dalam politik dan perniagaan.
Olimpik Tokyo dijadual untuk diteruskan, walaupun ada kebimbangan mengenai COVID-19 dan sokongan masyarakat yang kurang terhadap temasya itu.
Astro Awani
Wed Feb 24 2021
![Presiden baharu Olimpik Tokyo utamakan isu sama rata jantina Presiden baharu Olimpik Tokyo utamakan isu sama rata jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614210208_Tokyo.jpg)
Seiko Hashimoto (kanan) bercakap kepada media pada satu sidang video bersama lembaga eksekutif IOC di Tokyo, 24 Feb, 2021. (Foto AP)
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664891591_TBTOKYOOLYMPIC.jpg)
Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.
![Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636197776_ZamboangaCity.jpg)
Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.
![Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630682405_MuhammadZiyadZolke.jpg)
Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.
![Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627225773_FarahAnngymnastic.jpg)
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
![Mei Kuan bersara daripada badminton Mei Kuan bersara daripada badminton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629133934_MengYeanMeiKuan.jpg)
Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.
![Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628819508_AzizulhasniAwang.jpg)
Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.
![Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628430906_ClosingOlympics.jpg)
Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.
![Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628455900_JuniKarimahdanNur.jpg)
Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.
![Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628394128_TBQuanHongchan.jpg)
Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
![Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628392530_TBazizulhasni.jpg)
Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak