TOKYO: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.
Malah, beliau turut berterima kasih kepada semua para atlet yang menjayakan temasya berprestij tersebut.
Bercakap selepas upacara penutup itu, Bach menjelaskan selepas dua tahun berdepan ketidaktentuan keadaan susulan pandemik COVID-19, para atlet akhirnya bergabung semula.
Jelasnya, mereka berjaya mengharungi detik sukar dalam usaha untuk mempersembahkan usaha masing-masing.
"Para atlet sangat gembira selepas dua tahun, dua tahun berpisah dan akhirnya mereka dapat bergabung semula.
"Saya tidak pernah merasakan tekanan yang begitu mendalam di perkampungan Olimpik dan persembahan mereka di padang, semangat kebersamaan antara para atlet.
"Emosi, perasaan, suasana yang dirasai dikongsikan kepada seluruh dunia.
"Anda boleh rasakan, lihat, dan mendengar semuanya bukan sahaja di Perkampungan Olimpik, dalam temu bual, jadi temasya ini adalah acara terhebat dan para atlet telah memberikan seluruh jiwa dan raga," katanya.
Bach juga yakin temasya kali ini paling diingati dalam kalangan atlet.
Untuk rekod, acara Olimpik yang pertama kali diadakan dalam situasi berlainan dengan ketiadaan penonton dan kawalan ketat dek COVID-19, akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh jayanya pada Ahad.
BACA: Tokyo serahkan baton kepada Perancis selaku tuan rumah Olimpik 2024
Astro Awani
Sun Aug 08 2021

Acara penutup Olimpik Tokyo pada Ahad. -REUTERS
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.

Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.

Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.

Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.

Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.

Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.

Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.

Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.

Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak