JASIN: Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di sini yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo, selepas meninggalkan negeri ini akhir Julai lepas.
Hidilyn, 30, yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik pertama Filipina menganggap kampung itu sebagai rumah keduanya selepas menghabiskan lebih sembilan bulan bekerja keras menjalani latihan bagi persiapan ke Olimpik.
"Segala-galanya ada di tempat ini (Kampung Kesang Tua), saya boleh melakukan rutin harian seperti latihan, pemulihan dan menikmati makanan selain persekitaran yang aman dan harmoni jauh dari kesibukan kota, jadi saya boleh menumpukan latihan tanpa gangguan.
"Saya suka segala-galanya mengenai Melaka, apabila kembali ke sini ramai yang memberi perhatian dan saya sangat bersyukur kerana ketika saya terkandas di sini, mereka menyediakan tempat untuk berlatih seperti di tempat saya sendiri," katanya kepada Bernama hari ini.
Hidilyn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lepas dan terus ke Kampung Kesang Tua bagi menjalani kuarantin hingga semalam.
Mengulas lanjut, Hidilyn berkata beliau melihat sukan angkat berat berpotensi dikembangkan di Malaysia sekali gus melahirkan juara Olimpik pada masa depan.
Mengenai hasrat untuk membina sebuah pusat latihan bagi pembangunan sukan angkat berat di Kesang Tua, beliau berharap ramai pihak tampil memberi bantuan bagi menjayakannya.
"Kami telah memulakannya di sini dan memenangi pingat emas, selepas saya pulang ke sini ramai ibu bapa bertanya dan berminat untuk menghantar anak mereka untuk menjadi atlet angkat berat. Mereka mungkin melihat ini tempat untuk melahirkan pemenang pingat emas Olimpik.
"Saya dapat melihat ramai atlet muda yang berpotensi dan saya yakin kami dapat membantu mereka mencapai impian," katanya.
Hidilyn sebelum ini membuat persiapan ke Olimpik dengan menjalani latihan di kampung itu apabila terkandas berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021

Hidilyn Diaz yang juga pemenang pingat emas Olimpik pertama negaranya kembali berlatih di Kampung Kesang Tua selepas tamat menjalani kuarantin semalam ketika ditemui di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.

Aura, suasana kampung Kesang Tua jadi pilihan jaguh angkat berat Filipina sambung latihan
Jaguh angkat berat yang juga pemenang pingat emas Olimpik pertama Filipina Hidilyn Diaz, akan kembali menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua.

Olimpik Tokyo: Dr Adham Baba bantu kejayaan Hidilyn Diaz
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menyumbang kepada kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: 'Terima kasih, Malaysia boleh!' - Pemenang pingat emas Filipina hargai layanan mesra rakyat Malaysia
Diaz dan pasukannya terkandas di Malaysia tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Olimpik Tokyo: Pernah terkandas jalani latihan di Melaka, Diaz sumbang emas pertama Filipina
Kisah Diaz pernah mencuri tumpuan apabila dia 'tersadai' di Melaka gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun lalu.