Seorang pemerhati bebas pemilihan kepimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mohd Musa Noor Mohd, meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) meneliti kesahihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Ahad lalu.
Beliau mendakwa wujud pelbagai kesilapan dalam prosedur pemilihan itu termasuk kegagalan moderator pemilihan, bekas setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengisytiharkan pembubaran kepimpinan KOM terdahulu diterajui bekas presiden, Datuk Karim Ibrahim.
Mohd Musa, yang juga bekas pengerusi pembangunan KOM, turut mempersoalkan pelantikan Sieh sebagai moderator kerana mendakwa tidak mendapat restu daripada 13 ahli gabungan badan induk olahraga itu.
"Saya tidak memihak mana-mana individu dalam isu pemilihan namun sekadar mempersoalkan kegagalan KOM mengendalikan AGM berkenaan mengikut prosedur yang betul," katanya kepada pemberita selepas menghantar surat bantahan bersama minit mesyuarat kepada PPS, di sini pada Jumaat.
Bernama difahamkan surat tersebut berkenaan diterima oleh Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan (PJS), Asmadi Mohamad.
Usaha pihak media untuk mendapatkan komen Asmadi bagaimanapun gagal setelah media tidak dibenarkan masuk ke Pejabat PJS.
Pada pemilihan penggal 2019-2022 itu, Presiden Persatuan Olahraga Selangor, Datuk S. M Muthu dipilih sebagai presiden KOM yang baharu selepas mendapat 21 undi manakala Karim sekadar mendapat 18 undi daripada 39 perwakilan.
Bekas ratu trek olahraga kebangsaan, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah pencabarnya, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri pada saat-saat akhir.
Empat individu pula dipilih sebagai Naib Presiden KOM yang baharu iaitu Datuk Wira Mark William Ling Lee Meng, Josephine Kang, Rajemah Sheikh Ahmad dan Datuk Fadzil Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019

MOHD MUSA: Saya tidak memihak mana-mana individu dalam isu pemilihan namun sekadar mempersoalkan kegagalan KOM mengendalikan AGM berkenaan mengikut prosedur yang betul. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.