GEORGE TOWN: Pemain catur muda Pulau Pinang Poh Yu Tian dianugerahkan gelaran International Master (IM) selepas memperoleh rating 2,429 dalam Kejohanan Catur Remaja Asia Timur (EAYCC) Ke-8 di Pulau Pinang yang berakhir semalam.
Poh, 15, mempamerkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat).
Kejayaan itu menjadikan beliau sebagai pemain termuda dan ke-10 di Malaysia yang mendapat gelaran IM, sekali gus membolehkan beliau menjadi penerima pertama trofi Piala PMX, yang disampaikan oleh anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha pada acara penutupan kejohanan di sini, malam tadi.
Bapa Poh, Poh Leong Pat ketika ditemui berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih anaknya sebagai penerima piala itu, yang diberikan kepada pemain catur cemerlang buat julung kalinya.
"Poh sudah melengkapkan tiga 'norm' dengan rating 2,429 untuk gelaran IM dan fokus selepas ini adalah mahu dapatkan gelaran 'Grand Master' pula. Untuk itu dia perlu melengkapkan tiga lagi 'norm', tapi kita percaya dia mampu melakukannya," katanya.
Selain Poh, pemain catur Malaysia di bawah Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) yang turut berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam kejohanan itu ialah Ainul Mardhiah Afif (Woman FIDE Master-WFM) pemenang kategori bawah 14 tahun perempuan; Kavin Mohan, Chess Master (CM) yang menang tempat kedua kategori bawah 14 tahun terbuka dan Chow Yi Chen dan Yap Ray Jin yang turut memperoleh gelaran CM selepas masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga kategori bawah 10 tahun terbuka.
Sementara itu Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA) See Swee Sie berkata Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah kejohanan kali ini, yang bertujuan mencungkil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan pemain Malaysia untuk diketengahkan.
"Menerusi pertandingan seperti ini juga, ia dapat membantu dan memberi peluang kepada pemain Malaysia mendapatkan rating untuk menaikkan title masing-masing kerana kalau hendak pergi ke pertandingan di luar negara memakan kos yang tinggi jadi, peluang mengadakan kejohanan di sini merupakan satu pendedahan yang baik dan perlu diambil kesempatan sebaik mungkin," katanya.
Seramai 358 peserta lelaki dan wanita daripada 17 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula pada 12 Julai lepas anjuran PCA bersama Persatuan Catur Malaysia (MCF), dengan Malaysia menghantar 74 pemain untuk bertanding dalam enam kategori iaitu bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun, bawah 16 tahun dan bawah 18 tahun.
Pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat kedua keseluruhan kejohanan selepas memungut dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Johan menjadi milik pasukan dari China selepas menamatkan kejohanan dengan memperoleh lima emas, tiga perak dan lima gangsa, manakala tempat ketiga Vietnam (dua emas dan dua perak).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
![Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721529232_tbPohYuTian.jpg)
Poh berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat). - Foto FIDE
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721529232_tbPohYuTian.jpg)
Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master
Kejayaan itu menjadikan beliau pemain termuda dan ke-10 di Malaysia mendapat gelaran IM, sekali gus menjadi penerima pertama trofi Piala PMX.
![Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/51453450964_ChessGeneric.jpg)
Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas
Hobi kreatif seperti membuat kerajinan, mengait dan melukis, dan membaca juga mampu mengurangkan risiko sebanyak tujuh peratus.
![Trump ibaratkan pemimpin Korea Utara pemain catur bertaraf dunia Trump ibaratkan pemimpin Korea Utara pemain catur bertaraf dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597718476_TBTRUMPELECTIONS.jpg)
Trump ibaratkan pemimpin Korea Utara "pemain catur bertaraf dunia"
Trump berkata demikian dengan alasan calon presiden Demokrat Joe Biden tidak layak untuk berurusan dengan pemain yang kuat itu.
![PM Najib terharu bapa sanggup jual rumah untuk bawa anak ke Romania PM Najib terharu bapa sanggup jual rumah untuk bawa anak ke Romania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41493806402_DSNajibRazak.jpg)
PM Najib terharu bapa sanggup jual rumah untuk bawa anak ke Romania
Salihin yang juga merupakan jurulatih kepada anak-anaknya itu berkata dia terpaksa menjual rumah keduanya pada harga RM65,000 di Segamat.
![Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017 Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453450964_ChessGeneric.jpg)
Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017
Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur secara rasmi tersenarai pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, tahun depan.
!['Main dam pun boleh jatuh haram sebab bazir masa' - Mufti Perak 'Main dam pun boleh jatuh haram sebab bazir masa' - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
'Main dam pun boleh jatuh haram sebab bazir masa' - Mufti Perak
Mufti Perak itu mengulas kenyataan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh yang mengisytiharkan permainan catur sebagai haram di sisi Islam.
![Mufti Besar Arab Saudi isytihar catur haram Mufti Besar Arab Saudi isytihar catur haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453450964_ChessGeneric.jpg)
Mufti Besar Arab Saudi isytihar catur haram
Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh menegaskan permainan tersebut membazir masa dan wang, serta mewujudkan permusuhan antara manusia.